Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Filem Ready Player One Antara Filem Wajib Tonton

by Khai Azfar
April 11, 2018
Share on Facebook

Tidak sangka pula kami dengan filem Ready Player One lakonan Tye Sheridan, Olivia Cooke, Ben Mendelsohn dan ramai lagi! Sangkaan filem ini seperti ‘typical’ filem lain ternyata meleset.

2 Jam Yang Tidak Membosankan

Pasti ramai yang tertanya apakah jalan cerita sebenar filem ini. Suka untuk kami ingatkan ianya adalah filem fiksyen sains di mana meliputi banyak animasi, watak dan siri permainan alam maya di dalam satu filem! Namakan sahaja watak Gundam, Chucky, Tekken dan banyak lagi boleh dilihat di dalam filem Ready Player One.

Malah di dalam filem ini, anda bakal mendapat bayangan bagaimanakah permainan Virtual Reality (VR) yang kini sedang popular diadaptasikan menjadi satu fenomena kelak. Berdurasi lebih daripada dua jam, bagi kami ternyata ianya berbaloi untuk ditonton.

Apatah lagi dengan peruntukkan hampir RM20 untuk tonton filem ini di pawagam yang mempunyai frekuensi bunyi yang hebat seperti GSC Dolby Atmos, kami letakkan filem ini sebagai antara filem wajib tonton bagi tahun 2018. Jika anda masih belum mengetahui siapakah yang boleh menghasilkan filem seumpama ini, ianya tidak lain tidak bukan, Steven Spielberg!

Sinopsis Filem Ready Player One

Filem Ready Player One diangkat berdasarkan novel laris yang turut mempunyai judul yang sama. Pada tahun 2045, penduduk bumi dapat melarikan diri dari dunia realiti dengan masuk ke sebuah dunia maya yang dikenali sebagai OASIS.

Disini, mereka boleh menjadi apa sahaja mengikut imaginasi mereka sendiri.

https://youtu.be/axf7gHBdgDQ

Ketika pencipta OASIS, James Halliday meninggal dunia, dia telah meninggalkan aset kekayaannya yang sangat besar. Malah sebelum meninggal dunia. James telah membuat wasiat menerusi sebuah video untuk mencari pewarisnya yang layak.

Justeru itu, Wade Watts (Tyee Sheridan) seorang remaja yang hidup dalam kedaifan percaya dia mampu menjadi pewaris tersebut dengan menduduki beberapa ujian halangan untuk dapatkan gelaran pewaris.

Namun begitu, sudah berjuta-juta orang menduduki ujian tersebut dan gagal. Adakah Wade mampu menduduki ujian tersebut? Jawapannya ada di dalam Filem Ready Player One.

ready player onereview filem ready player onesinopsis ready player one
https://lomp.at/lcr4v
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore