Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

REVIEW Galaxy S26 Ultra: Jangan Expect Perubahan Besar, Tapi Ada Tiga Benda Yang Power

by Phic ARMAN
April 21, 2026
Share on Facebook

Kalau ikut jangkaanawal, Samsung Galaxy S26 Ultra ini sepatutnya datang dengan aura “next level”. Flagship baru kan, mestilah orang expect perubahan besar. Tapi bila MURAI sendiri cuba guna dalam kehidupan harian, rasa dia lebih kepada… upgrade yang matang, bukan jenis terus buat kita ternganga.

Nak kata beza dengan  S25 Ultra itu jauh, memang tak. Kalau sembang bab spesifikasi atas kertas, banyak benda masih sama. Jadi pengalaman guna itu tak rasa asing pun. Tapi menariknya, dalam benda yang nampak sama itu, ada tiga bahagian yang bila guna betul-betul, baru nampak “oh ini dia upgrade dia”.

Feature Privacy Display

MURAI mula perasan pada display dulu. Feature Privacy Display ini masa awal dengar, memang rasa macam… “perlu ke sebenarnya?” Tapi bila dah guna, especially masa tengah lepak kafe atau dalam LRT, baru faham kenapa ia wujud. Bila aktifkan untuk app tertentu macam banking, mesej atau browser, skrin jadi susah sikit orang sebelah nak intai. Bukanlah terus gelap, tapi cukup untuk bagi rasa privasi tu ada.

Yang bestnya, walaupun ada fungsi ini, kualiti skrin tak terjejas pun. Warna masih hidup, visual masih cantik. Tak ada rasa macam guna screen protector murah yang buat display jadi dull. Dekat sini, MURAI boleh kata ini bukan gimmick semata-mata. Mungkin bukan semua orang perlukan, tapi bila ada, memang rasa berguna.

Topik Berkaitan Samsung Art Store Lancar Koleksi Tamara de Lempicka

Kamera

Masuk pula bahagian kamera. Yang ini MURAI kena jujur sikit,  jangan expect perubahan besar. Kalau anda datang dari S25 Ultra, mungkin akan rasa macam “eh, sama je?”. Tapi bila guna dalam situasi tertentu, especially waktu malam, baru nampak perbezaan kecil tu.

Dengan aperture f/1.4, gambar malam nampak lebih terang dan detail dia lebih kemas. Bukan jenis drastik, tapi cukup untuk nampak improvement. Video pun lagi best sebab ada horizontal lock rakam sambil jalan pun still nampak stabil, tak pening tengok balik. Jadi kalau jenis suka ambil content, memang akan appreciate benda ni. Tapi kalau nak upgrade semata-mata sebab kamera, mungkin kena fikir dua kali.

AI

Lepas itu, kita masuk bahagian paling banyak diperkatakan, AI. Samsung memang push konsep Agentic AI ini kuat, kononnya phone boleh faham kita dan bagi cadangan automatik. Realitinya? Dia ambil masa. Awal-awal guna tu, rasa macam dia belum “kenal” kita lagi. Cadangan dari Now Brief atau Now Nudge tu kadang-kadang rasa… okay, tapi belum sampai tahap wow.

Tapi bila cerita pasal generative AI, ini lain cerita. Yang ini memang terasa guna. Semua dah siap terbina dalam phone, tak perlu lompat app sana sini. Nak edit gambar, buang objek, adjust lighting, semua boleh buat terus. Paling MURAI suka, hasil dia nampak natural. Bayang tu masuk akal, lighting tak nampak fake. Senang cerita, nampak macam gambar tu memang dari asal, bukan hasil edit.

Topik Berkaitan [REVIEW] Bawah RM500 Tapi Ada Galaxy AI? Inilah Samsung Galaxy Buds3 FE!

Gambar di bawah pada waktu malam ditukar menjadi pada waktu siang

Ini hasilnya, nampak real betul.

Akhirnya, bila guna S26 Ultra ini beberapa hari, MURAI rasa dia bukan jenis telefon yang cuba jadi terlalu “wow”. Tapi dia fokus untuk jadi lebih praktikal dan lebih polished dari generasi sebelum.

Kalau anda jenis yang suka semua benda lengkap dalam satu phone, ini memang ngam. Tapi kalau anda tunggu perubahan besar yang terus rasa lain macam, mungkin kali ini bukan masanya.

Biasalah… kadang-kadang bukan perubahan besar yang buat kita terus jatuh cinta, tapi perubahan kecil yang buat kita selesa guna setiap hari.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
samsung
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

Kenapa Meerqeen Dipilih Jadi Duta REDMI Note 17 Series?

by Phic ARMAN
August 20, 2026

Bila Xiaomi umumkan Meerqeen sebagai Malaysia Ambassador untuk REDMI Note 17 Series, ramai mungkin tertanya-tanya, kenapa Meerqeen? Jawapannya sebenarnya cukup...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara