Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa kali.
Tapi persoalannya, selepas kita tutup kotak dan mula guna telefon setiap hari, AI itu betul-betul membantu atau sekadar sedap didengar masa pelancaran?
Jadi, MURAI cuba menggunakan HONOR X9e Pro selama tiga hari untuk melihat sendiri apa yang menarik tentang telefon ini, khususnya ciri AI yang menjadi antara fokus utama HONOR kali ini.
Menariknya, HONOR X9e Pro turut hadir dengan beberapa pencapaian No.1 yang menjadi antara identiti baharunya, termasuk bateri 11,000mAh, ketahanan air, ketahanan lasak, paparan ultra cerah serta pelan perlindungan peranti HONOR Rakyat Care+. Siri X juga menerima pengiktirafan Asia Records sebagai siri telefon pintar kelas pertengahan terlaris selama tiga tahun berturut-turut. Jadi, selain mahu tampil lebih “smart” dengan AI, HONOR masih cuba mempertahankan DNA Siri X yang memang sinonim dengan ketahanan dan bateri besar.
HONOR X9e Pro Dan AI Zoom Memang Menarik Untuk Dicuba
Perkara pertama yang kami cuba sudah tentulah kamera.
HONOR X9e Pro membawa AI Zoom Enhancement, yang direka untuk membantu mengekalkan atau memulihkan perincian apabila mengambil gambar subjek dari jauh.


Untuk penggunaan harian, fungsi ini terasa relevan apabila anda tidak boleh bergerak lebih dekat dengan subjek.
Contohnya ketika mengambil gambar sesuatu di atas pentas atau objek yang berada jauh. AI cuba membantu menghasilkan imej yang lebih terperinci berbanding sekadar melakukan zoom digital biasa.
Ia bukan bermaksud anda boleh zoom sesuka hati dan mengharapkan gambar terus jadi macam kamera profesional. AI pun bukan ahli silap mata.
Tetapi untuk kelas telefon ini, fungsi tersebut memang menarik untuk dieksperimenkan.
Cuba Jadikan Gambar Biasa Sebagai Video
Kami mula bermain dengan AI Image to Video 2.0. Ini antara ciri yang paling mudah menarik perhatian kerana ia membolehkan gambar statik diubah menjadi video menggunakan arahan ringkas. Bayangkan anda ada satu gambar dari dua lokasi berbeza tiba-tiba boleh bersambung jadi satu video.
Dengan fungsi ini, anda boleh cuba memberikan pergerakan kepada visual tersebut dan menghasilkan kandungan yang lebih dinamik.
Untuk pengguna media sosial, content creator atau sesiapa yang suka bermain dengan visual, ciri ini boleh menjadi satu alat tambahan.
Malah, dalam era Reels dan TikTok sekarang, gambar statik yang boleh diubah menjadi video memang ada nilai tersendiri.
Cuma jangan sampai semua gambar keluarga masa kenduri pun nak jadikan video AI. Nanti mak saudara pun pelik.
AI Moving Photos Pun Boleh Jadi Fun
Kami turut mencuba AI Moving Photos yang merangkumi Motion Trail, Motion Clone dan Slow Motion.
Ciri ini lebih kepada aspek kreatif.
Ia membolehkan pengguna menghasilkan visual dengan elemen pergerakan tanpa perlu terlalu banyak mengedit secara manual.
Untuk pengguna yang suka mencuba content baharu, ini mungkin salah satu ciri yang akan membuatkan anda bermain dengan kamera lebih lama daripada biasa.
Dan ya, mungkin inilah bahagian AI yang paling mudah membuat kita berkata, “Eh, boleh buat macam ni?”
Dan Ya, Bateri 11,000mAh Memang Terlalu Lebih Dari Jangkaan
Sepanjang tiga hari menggunakan HONOR X9e Pro, satu lagi perkara yang memang sukar untuk tidak disebut ialah bateri 11,000mAh.
Kapasiti ini jauh lebih besar berbanding generasi sebelumnya dan HONOR mendakwa ia boleh bertahan sehingga tiga hari bagi penggunaan biasa.
Peranti ini turut menyokong 80W HONOR SuperCharge dan pengecasan berbalik berwayar 27W.
Untuk pengguna yang banyak menggunakan telefon ketika bekerja, travel atau menghasilkan kandungan, bateri besar memang memberikan sedikit ketenangan.
Tak perlu setiap dua jam tengok ikon bateri sambil mencari plug macam mencari jodoh.
Ketahanan Pun Bukan Propa
Selain AI, HONOR masih mengekalkan identiti X9e Pro sebagai telefon yang tahan lasak.
Ia dilengkapi HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 4.0 dan diuji untuk jatuhan sehingga 3 meter.
Telefon ini turut mempunyai penarafan IP68, IP69 dan IP69K, termasuk kemampuan bertahan pada kedalaman sehingga 10 meter dalam keadaan terkawal.
Dalam penggunaan harian, ini memberikan satu perkara yang cukup mudah difahami telefon ini tidak terlalu “manja”.
Tetapi seperti biasa, ketahanan yang diuji dalam keadaan tertentu tidak bermaksud kita perlu sengaja campak telefon dari tingkat dua untuk menguji teori.
Jadi, kalau anda sedang melihat HONOR X9e Pro hanya kerana angka 11,000mAh, sebenarnya ada lebih banyak perkara yang boleh diterokai.
Selepas tiga hari, kami rasa AI pada telefon ini bukan sekadar perkataan yang dicetak besar-besar dalam bahan promosi.
Persoalannya cuma satu, adakah anda jenis pengguna yang akan menggunakan semua ciri AI ini, atau akhirnya kembali guna kamera, WhatsApp, TikTok dan YouTube macam biasa?
Itu mungkin bergantung kepada cara anda menggunakan telefon.
Dengan harga bermula RM1,899 serta hadiah menarik bernilai RM1,626 untuk pra-tempahan sudah pasti ia cukup berbaloi. Apa yang pasti, HONOR X9e Pro cuba memberikan lebih banyak manfaat, tetapi anda sendiri yang menentukan mana satu akhirnya menjadi sebahagian daripada rutin harian.






