Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat.

Begitulah yang dirasakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas menerima berita pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini.

Apa yang membuatkan berita itu lebih berat buat Syed Saddiq ialah pertemuan terakhir mereka berlaku tidak lama sebelum ini.

“There was nothing about that day that felt like goodbye,” tulis Syed Saddiq menerusi perkongsian yang menyentuh hati.

Menurutnya, jika beliau mengetahui pertemuan tersebut merupakan kali terakhir mereka bersama, dua jam yang diluangkan ketika itu mungkin akan dirasakan terlalu singkat.

Kalaulah saya tahu itu pertemuan terakhir kita, I would have wished for those two hours to last forever.

Dua Jam Yang Kini Jadi Kenangan – Syed Saddiq

Syed Saddiq

Syed Saddiq mengimbau bagaimana Tun Siti Hasmah pada hari tersebut masih mampu ketawa bersama mereka, bergurau, berkongsi cerita dan memberikan nasihat mengenai perkahwinan, keluarga serta kehidupan.

Pertemuan itu juga mempunyai makna tersendiri buat Syed Saddiq yang bakal mendirikan rumah tangga bersama Bella Astillah.

Malah, sebelum ini Syed Saddiq dan Bella sempat mendapatkan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad serta Tun Siti Hasmah mengenai kehidupan berumah tangga. Pasangan itu diketahui sudah melalui lebih tujuh dekad bersama.

Topik Berkaitan VIDEO Pelukan Tun Siti Hasmah Buat Syed Saddiq & Bella Astillah Undang Air Mata Netizen

Bagi Syed Saddiq, Tun Siti Hasmah bukan sekadar seorang tokoh yang dikenali kerana kedudukannya sebagai isteri bekas Perdana Menteri dan doktor wanita terawal negara.

“She was kind, funny, warm and full of the kind of wisdom that only comes from a lifetime of love, sacrifice and experience.”

“Hari Ini, Tun Sudah Tiada”

Syed Saddiq

Dan hari ini, kenangan itu berubah menjadi sesuatu yang jauh lebih mahal.

Syed Saddiq mengakui dirinya masih belum mampu menghadam pemergian wanita yang disifatkannya penuh dengan kebaikan, kehangatan dan kebijaksanaan itu.

“Dan hari ini, Tun sudah tiada.

Saya benar-benar masih tidak mampu menghadamnya.”

Mungkin itulah hakikat sebuah pertemuan terakhir. Kita tidak pernah tahu bila seseorang yang duduk di hadapan kita, ketawa bersama dan berkongsi cerita, sebenarnya sedang meninggalkan satu kenangan yang akan kita ulang dalam fikiran berkali-kali.

VIA Threads

Buat Syed Saddiq, dua jam itu mungkin tidak akan pernah cukup.

Tetapi mungkin, dua jam itulah yang akan kekal menjadi antara kenangan paling bermakna bersama Allahyarhamah Tun Siti Hasmah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
2
Star
Star
2
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
syed saddiqSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara