Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

[REVIEW] Konsert “Raisa – Teristimewa Di Kuala Lumpur”: Bila Jelitawan Beraksi Dengan Persembahan Yang ‘Mahal’

by Phic ARMAN
November 4, 2024
Share on Facebook

Konsert “Raisa – Teristimewa Di Kuala Lumpur” semalam menjadi tumpuan peminat muzik tempatan dan luar negara. Dibuka dengan lagu berjudul “Teristimewa,” Raisa muncul di atas pentas dengan gaun warna pink cerah yang memukau tepat jam 8.30 malam. Kecantikan dan keanggunan beliau jelas mencuri perhatian, memberikan aura yang mewah dan mahal di setiap sudut pentas.

Persembahan yang memakan masa selama 2 jam lebih itu turut mendapat sokongan daripada pemuzik profesional yang dibawa khas dari Indonesia menambah lagi kehebatan persembahan Raisa, menghasilkan suasana yang bertenaga dan begitu mengasyikkan. 

Beliau ditemani oleh enam pemuzik dan lima penyanyi latar yang sangat energetik. Dari segi teknikal, sistem bunyi konsert ini sangat memuaskan di Megastar Arena ini. Skrin LED yang besar dan berkualiti tinggi di pentas sangat membantu bagi mereka yang duduk agak jauh dan sekaligus memberi pengalaman visual yang mengagumkan, membuatkan penonton berasa seolah-olah menonton konsert di kaca TV.

Salah satu aspek yang paling menarik tentang Raisa adalah kemahiran beliau dalam berkomunikasi dengan penonton. Beliau berjaya membina hubungan yang akrab, membuatkan setiap individu dalam dewan merasa seolah-olah terlibat secara langsung dalam persembahan.

Persembahan Raisa boleh disifatkan sebagai “all out” ketika beliau menyanyikan lagu “Kali Kedua,” suasana menjadi meriah apabila penonton bangkit berdiri dan menari bersama. Keriangan dan energi di dalam dewan begitu menular, menggambarkan betapa menyentuhnya lagu-lagu beliau.

Namun, tidak semua momen adalah ceria. Lagu “Mantan Terindah” mengundang emosi yang mendalam, dengan ramai penonton terlihat sebak melihat Raisa menghayati liriknya dengan sepenuh hati. Suasana menjadi hening, dan semua orang terbuai dalam kenangan masing-masing.

[VIDEO] "Khawla Ni Betul-Betul Ernie Zakri Versi Kecil"-Netizen

Salah satu momen yang jarang ditemui di konsert lain adalah ketika Raisa memanggil semua penyanyi latar untuk berada di sisinya, membuat persembahan bersama-sama. Momen ini bukan sahaja menunjukkan semangat kerjasama, tetapi juga menggambarkan penghargaan Raisa terhadap pasukannya. Penonton dapat melihat interaksi yang mesra dan sinergi yang terjalin, menjadikan persembahan lebih hidup dan berkesan.

Raisa juga tidak ketinggalan untuk berkolaborasi dengan artis lain, termasuk duet dengan Ernie Zakri dan Hael Husaini. Persembahan mereka tidak mengecewakan, malah menambah lagi kehangatan konsert. Penonton bersorak dengan tanda rasa bangga, memberikan tepukan gemuruh sebagai tanda penghargaan.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kharisma Music, En. Ahmad Jeffny,

“Kami amat berbesar hati dapat membawa Raisa kembali ke Kuala Lumpur pada malam ini. Konsert ini bertujuan memberikan pengalaman yang unik dan berharga buat peminat Raisa, dan terima kasih buat setiap penonton yang hadir memeriahkan acara malam ini.

Raisa memecah panggung dengan persembahan hampir 20 buah lagu kesemuanya, termasuk lagu-lagu hits seperti “Serba Salah”, “Pergilah”, “Teristimewa”, “Jatuh Hati”, “Bahasa Kalbu”, “Could It Be”, “Mantan Terindah”, “Kali Kedua”, dan banyak lagi.

“Sesungguhnya kalian adalah ‘teristimewa’ dalam hidup saya dan terima kasih kerana hadir menyokong saya pada malam ini. Konsert ini adalah satu pengalaman yang sangat berharga untuk saya, kerana saya sendiri terlibat secara langsung dalam setiap aspek persiapannya,” kongsi Raisa dalam nada teruja. 

Secara keseluruhannya, konsert “Raisa – Teristimewa Di Kuala Lumpur” adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan. Dengan penampilan yang cantik dan persembahan yang berkualiti tinggi, Raisa membuktikan bahawa beliau memang layak dikenali sebagai salah satu bintang terkemuka di pentas muzik. Momen-momen indah dan emosi yang ditampilkan menjadikan konsert ini satu kenangan yang akan diingati oleh setiap peminat yang hadir.

Ahmad Jeffnyernie zakrihael husainiKharisma Musicraisa
https://lomp.at/909xo
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Pitahati Kembali Dengan ‘Inchek Karma!’

by Naddy Joe
April 23, 2026

Band alternatif tempatan, Pitahati, kembali dengan single terbaharu mereka berjudul “Inchek Karma!”, yang bakal dilancarkan pada 24 April 2026 di bawah...

Read moreDetails
Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
Foto - @jefrinichol (Threads)
Indonesia

Jefri Nichol ‘Belanja’ Foto Siluet Di Pantai, Tapi Komen ‘Kelate’ Buat Netizen Terhibur!

by Nurul A.
April 2, 2026

Perkongsian terbaru pelakon Indonesia, Jefri Nichol kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini Jefri dilihat memuat naik beberapa keping gambar bersileut...

Read moreDetails
Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara