Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

[REVIEW] Nyanyian Lagu Melayu Oleh BamBam Memukau Penonton Di Konsert Solo Pertama “AREA 52”

by Jash Lee
October 16, 2023
41
KONGSIAN
Share on Facebook

Bagi yang tidak mengetahui, BamBam merupakan salah seorang dari kumpulan Idol Kpop di Korea Selatan iaitu GOT7. Kumpulan tersebut mempunyai seramai 7 orang ahli terdiri daripada BamBam, Jinyoung, Jackson Wang, Jay B, Mark Tuan, Kim Yugyeom dan Choi Young-jae. Di mana setiap ahlinya mempunyai keunikkan yang tersendiri sehinggakan sekiranya mereka melakukan konsert solo pasti akan kehabisan tiket.

2023-2024 BAMBAM THE 1ST WORLD TOUR “AREA 52”

BamBam telah melakukan konsert solonya di 4 negara termasuk Malaysia, Korea, Philippines dan China serta akan meneruskan konsert solo terakhirnya di negara tempat lahirnya iaitu Bangkok, Thailand.

Pada 15 Oktober yang lalu, Murai Malaysia telah berpeluang untuk menyaksikan konsert solo BamBam yang pertama bertemakan “AREA 52” yang mendapat perhatian ramai. Bertempatkan di Mega Star Arena Kuala Lumpur, seramai hampir 5000 peminat yang hadir bagi memeriahkan lagi dan memberikan sokongan terhadap penyanyi pujaan mereka itu.

Pada malam konsert berkenaan, BamBam telah membawakan hampir 10 buah lagu dan diantara satunya adalah lagu melayu. Lagu tersebut merupakan lagu dari kumpulan Insomniacks yang bertajuk Pulang. Kefasihan BamBam membawakan lagu tersebut, membuatkan peminatnya semakin teruja untuk menyanyikan bersama malah BamBam menyanyikan sebanyak dua kali lagu tersebut, di mana kali kedua dia menyanyikan bersama peminat-peminatnya.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

BamBam juga turut mengatakan bahawa dia akan mempelajari Bahasa Malaysia sehingga fasih supaya senang berkomunikasi dengan peminatnya di Malaysia. Selain itu, BamBam juga telah memilih sebanyak 21 penonton yang bertuah untuk bergambar dengannya. Tambahnya lagi, kemungkinan dia akan membawa ahli kumpulan GOT7 yang lain untuk Konsert tour solonya yang akan datang.

Pihak penganjur iaitu iMe Entertainment Group Asia juga telah menjalankan konsert tersebut dengan baik sehingga mampu memuaskan peminat dan penonton yang hadir. Mereka sangat berpuas hati dengan konsert solo BamBam pada malam tersebut serta BamBam juga kelihatan puas untuk menghiburkan peminatnya di Malaysia.

Semoga BamBam akan memilih Malaysia lagi untuk konsert solo yang seterusnya atau bersama kumpulannya GOT7!

[VIDEO] Unboxing Redmi Note 14 Pro BamBam: Telefon atau Merchandise?
BamBamGOT7
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem