Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[REVIEW] PRISM+ Aura Air Purifier: Kecil, Senyap & Comel ‘Gilerr’

by Phic ARMAN
August 20, 2025
Share on Facebook

Kalau kalian tinggal di kawasan bandar, mesti familiar dengan masalah habuk yang tak habis-habis. Tambah pula kalau ada construction dekat rumah, memang confirm tingkap, baju sidai semua penuh debu. Itu belum kira kalau ada haiwan peliharaan yang suka tinggalkan bulu merata. Memang struggle nak jaga udara dalam rumah sentiasa bersih.

Baru-baru ni, kami cuba PRISM+ Aura Air Purifier selama dua minggu, letak dalam bilik tidur. Dengan penapis HEPA H13 medical-grade yang claim boleh tapis 99.97% habuk, alergen, debu, pollen, rambut sampai ke habuk halus, kami nak tengok betul ke hasilnya.

Pengalaman Guna

Sejujurnya, memang ada beza. Biasanya kalau duduk dalam bilik, confirm ada bersin sikit-sikit sebab habuk. Tapi lepas dua minggu, langsung tak ada rasa hidung berair atau gatal tekak. Even keluarga pun nampak lebih selesa.

MURAI set je dalam auto mode, biar jalan sendiri. Waktu malam pula, motor brushless dia memang senyap habis, tak kacau tidur langsung. Memang sesuai kalau letak dalam bilik.

Satu lagi yang best, filter karbon dia boleh serap bau. Kalau letak dekat dapur atau ruang makan, bau masakan nanti kurang melekat. Kalian tak perlu remote, hanya guna aplikasi PRISM+ Connect, anda boleh semak kualiti udara dan boleh setkan timer, mode dan sebagainya.

Kenali Jonathan Wong, Anak Malaysia Yang Kini CEO Jenama Teknologi PRISM+

Elemen Comel

Aura ini bukan sekadar purifier biasa, dekat permukaan atas dia ada design macam muka comel. Ada dua pasang mata berlampu biru yang akan menyala bila ON, dan ia siap berpusing perlahan, nampak futuristic tapi cute. Nak matikan? Senang je, tekan dekat bahagian “hidung” dia. Confirm kanak-kanak sampai orang dewasa pun rasa suka dengan personaliti kecil ni.

Penyelenggaraan & Kos

Filter dia tahan lebih kurang setahun. Nak ganti? Tak sakit poket pun, sebab replacement filter hanya sekitar RM99, kira-kira beberapa ringgit je sebulan. Untuk tahap kesihatan yang lebih baik, memang worth it.

Apa Yang Kurang

Okay, satu je yang kami rasa sayang, tak ada fungsi kipas. Kalau boleh gabungkan sekali, confirm lebih all-in-one. Tapi untuk harga dan fungsi dia sekarang, tak ada apa sangat nak komplen.

PRISM+ Aura Air Purifier ini memang buat kerja dia, bersihkan udara dengan efektif dan mampu milik. Extra point sebab ada elemen comel yang buat dia nampak lebih mesra rumah, bukan sekadar mesin. Kalau kalian cari penapis udara bajet tapi power, ini memang pilihan yang tak mengecewakan.

Pilihan Warna dan Harga

Aura datang dalam dua pilihan warna iaitu Space Grey dan Alpine White, sesuai match dengan dekorasi rumah moden. Dari segi saiz, ia cukup compact pada 225 x 225 x 459mm dan sangat ringan dengan berat hanya 2.35kg, senang nak alih dari bilik ke bilik.

Suri Rumah Memang Suka! Ini Manfaat Ciri Teknologi 'No Frost' Pada Peti Ais

Harga pula bermula serendah RM329 dengan jaminan 1 tahun, menjadikannya antara pilihan paling berbaloi dalam kategori air purifier bajet.

Berminat? Boleh ke pautan ini.

Untuk yang belum kenal, PRISM+ asalnya terkenal sebagai jenama monitor dan TV pintar dari Singapura. Tapi sejak kebelakangan ni, mereka mula berkembang dalam segmen gaya hidup dan rumah pintar, termasuklah produk macam air purifier. Aura ini salah satu usaha mereka nak bawa teknologi berkualiti tinggi tapi pada harga yang lebih mampu milik untuk pengguna Asia Tenggara.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
PRISM+PrismPlus Aura Air Purifier
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Harga Asal RM289, Tapi Bil Melonjak Jadi RM600?  Pengguna Luah Kecewa Isu Caj Rawatan Gigi Didakwa Tidak Dimaklumkan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara