Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[REVIEW] SAMSUNG Galaxy S24 Ultra: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli

by Murai MY Newsdesk
April 19, 2024
Share on Facebook

Teknologi telefon mudah alih memang sudah maju ke hadapan sejak zaman Nokia & Blackberry. Kalau dulu semakin kecil telefon, semakin laris jualannya tetapi sekarang keadaan sudah berubah di mana saiz telefon yang berlipat ganda ukurannya semakin popular di kalangan generasi muda.

Skrin yang besar dan spesifikasi yang tinggi membolehkan hampir apa Sahaja dibuat menggunakan telefon mudah alih. Main game, buat graphic design, tonton video HD malah produksi video kini juga hanya menggunakan telefon mudah alih.

Samsung Galaxy S24 Ultra, model terbaru yang padat dengan ciri-ciri terkini membolehkan keperluan lifestyle masa kini dipenuhi dengan satu klik butang sepantas kilat.
Ini adalah 5 ciri-ciri Samsung Galaxy 24 Ultra yang paling kami suka.

Saiz skrin

Ukuran 6.8” telefon ini sesuai bagi golongan professional yang memerlukan peranti untuk memenuhi keperluan kerja dan hiburan pada masa yang sama. Dokumen kerja boleh dibaca dan dilihat dengan lebih luas dan jelas membolehkan tugasan dilaksanakan dengan lebih efisyen tanpa memerlukan skrin kedua sebagai rujukan.

Keperluan untuk zoom juga dikurangkan dengan pemandangan yang lebih luas. Kehadiran S-Pen dalam siri galaxy ini membolehkan nota ditulis dengan mudah dan pantas tanpa
memerlukan buku nota dan pen lagi. Lakaran dan lukisan juga boleh dibuat dan sesuai bagi mereka yang kreatif dan condong kepada nota visual. Namun model ini mungkin lebih sesuai bagi individu yang sentiasa membawa beg/pouch kerana saiz phone yang agak besar mungkin menyukarkan pergerakan terutamanya kaum lelaki yang menyimpan phone dalam poket seluar, lebih lebih lagi yang memakai seluar jenis skinny.

Hiburan

Menonton video high definition pada skrin besar ini sangat jelas dan kualitinya sangat memuaskan dengan skrin Corning ®  Gorilla ®  Armor yang mengurangkan silau Ketika
melihat skrin di tempat yang terang. Skrin juga boleh ditetapkan ke tahap terang yang sangat tinggi berbanding model lain. Kualiti bunyi yang tinggi dan jelas meninggikan
pengalaman tontonan video sekaligus memberikan pengalaman yang hebat juga semasa bermain mobile games menggunakan S24 ini.

[REVIEW] Samsung Galaxy A56 5G: Telefon Mampu Milik Dengan Ciri Power!

Keupayaan AI

Bagi mereka yang aktif dalam dunia media sosial, AI kini boleh membantu anda menghasilkan content yang padu dengan keupayaan untuk mengedit gambar dan video.
Fungsi ini berupaya untuk menggerakkan orang, objek dan juga haiwan di dalam gambar atau mengeluarkannya sekaligus menghasilkan gambar yang mengikut keperluan content masing-masing. Fungsi AI juga dapat menterjemah panggilan telefon secara live.

Ini sangat membantu bagi mereka yang ingin berkomunikasi dengan individu dari negara luar bagi tujuan business atau mengisi masa lapang.

Rekabentuk

Bentuk dan rasa yang diperhalusi dengan badan titanium memberikan rasa yang mewah dan berkualti apabila dipegang. Walaupun terasa sedikit berat daripada biasa, ia
memberikan keyakinan S24 dibina menggunakan bahan yang kuat dan mampu memberikan perlindungan yang lama dengan cara penggunaan yang betul.

Walaupun rekabentuk speaker grill dan kedudukan microphone telah beralih sedikit berbanding model sebelum ini, namun tidak banyak kelainan dapat dikesan secara keseluruhan. Namun begitu kami amat meminati rekabentuk S24 ini yang minimal dan simple

Keupayaan bateri

Tiada lagi keperluan membawa power bank dan tidak perlu lagi bimbang telefon tidak cukup bateri apabila anda keluar dari rumah. Ini kerana keupayaan bateri telah
ditingkatkan dengan ‘power management’ yang padu dan efisyen yang juga membolehkan anda memilih setting untuk mengurangkan kadar keterangan skrin dan
‘processor performance’ yang akan meninggikan lagi keupayaan bateri untuk bertahan lebih lama.

Anda boleh bermain game, layan media sosial dan menonton video selama berjam tanpa keperluan untuk mengcharge berkali kali. Jika anda memang perlu menggunakan phone ini selama berjam sehingga tiada power lagi, jangan risau – keupayaan super fast charging sepantas kilat dapat memberikan ‘jus’ bateri ke tahap penuh semula dalam masa yang begitu singkat. Ini dapat meningkatkan produktiviti dan penggunaan skrin time yang lebih lama mampu membolehkan lebih banyak aktiviti dilakukan.  Memang konfiden bila ada telefon yang tidak mudah ‘kong’!

Perbandingan Galaxy S26 Ultra & iPhone 17 Pro Yang Buat Ramai Fikir Dua Kali. Jadi Mana Juara?

Di Malaysia Samsung Galaxy S24 Ultra dijual pada harga RM6299 untuk 12/256GB, RM6799 untuk 12/512GB dan RM7799 untuk 12/1000GB. Jika berminat dengan tawaran Samsung Galaxy S24 terbaru ini, segera dapatkan di laman web Samsung Malaysia.

Artikel ini disediakan oleh penulis, Ivan Vijaya.

s24 ultrasamsung
https://lomp.at/16e0w
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
LifeXplore

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Lima tahun lalu, ramai ingat era kegemilangan HUAWEI sudah berakhir. Sekatan, kekangan, dan persaingan sengit menyebabkan gergasi teknologi dari China...

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
LifeXplore

HUAWEI Mate X7 Rasmi di Malaysia, Telefon Lipat Premium Yang Lebih Praktikal

by Naja Nix
January 21, 2026

Semalam HUAWEI secara rasmi memperkenalkan HUAWEI Mate X7 di Malaysia, sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam kategori telefon pintar boleh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore