Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Remy Ishak ‘Sound’ Wartawan,- “You’re The Real Toxic…”

by Phic ARMAN
January 15, 2026
46
KONGSIAN
Share on Facebook

MURAI perasan sejak semalam timeline memang berasap. Isu wartawan Rex Tan yang tanya soalan sensitif pada George Galloway makin melebar dan siapa sangka, pelakon kesayangan ramai Datuk Remy Ishak pun turun padang bagi teguran.

Semua bermula bila Firdaus Wong muat naik klip temubual yang sekarang viral habis tu. Dalam video tersebut, wartawan berkenaan menyamakan polisi Israel terhadap Palestin dengan kononnya cara orang Melayu melayan orang Cina di Malaysia. Perbandingan yang memang… err, tak masuk akal dan sangat-sangat berani bermain api.

View this post on Instagram

Seolah tak boleh tengok benda macam itu berlalu begitu saja, Remy pun meninggalkan komen yang padu di ruangan posting Firdaus.

“Kamu adalah seorang wartawan, kamu menyebarkan berita kepada masyarakat, bagaimana kamu boleh berfikir dan mempunyai sifat seperti ini. You’re the real toxic in our society.”

Fuh, kalau Remy dah bersuara begitu, memang ramai yang angguk setuju.

VIA Instagram

Dan itulah yang berlaku. Ruangan komen terus dibanjiri netizen yang memang dari awal lagi kurang senang dengan cara wartawan tersebut berfikir.

Antara komen netizen yang mencuri perhatian:

“Setuju 🙌, wartawan ni patut kena tahan. Dah main isu perkauman — isu 3R.”

“Wartawan begini boleh cetuskan pergaduhan sesama rakyat. Kita selama ni hidup harmoni je.”

Tak cukup dengan itu, Firdaus turut menambah satu info tambahan yang buat ramai bertambah berfikir — iaitu wartawan FMT itu merupakan graduan UEC.

Dan dari situlah muncul persoalan yang lebih besar.

“Saya tertanya-tanya, adakah soalan yang ditanya olehnya itu hanya unik kepada dia seorang atau ianya adalah sentimen di kalangan sebahagian graduan UEC?”

View this post on Instagram

Persoalan itu terus jadi bualan hangat, bukan kerana bangsa, tapi kerana sensitiviti isu dan etika kewartawanan yang sepatutnya diguna pakai  lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan hal 3R.

Apa pun, suara tegas figura seperti Remy sedikit sebanyak menunjukkan bahawa selebriti juga cakna dan peduli bila isu sensitif mula disentuh sembarangan.

Malaysia ini harmoni lama dahm jangan sampai satu soalan boleh goyangkan semuanya. MURAI pun setuju, ada benda yang patut dijaga.

“Yang Besar Bukan Betis, Tapi Kepala” – Remy Ishak Tempelak Penunggang Basikal Halang Laluan Bas di Lebuh Raya
remy ishakRex Tan
https://lomp.at/6im3h
Share18Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

“Malu Nak Jerit, Tapi Sakit Level Dewa”- Detik Bersalin Seorang Ibu Buat Ramai Wanita ‘Relate Teruk’

by Naja Nix
January 12, 2026

Satu video TikTok yang tular baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas memaparkan detik luar biasa seorang wanita yang sedang melalui...

Read moreDetails
via Imagefx
Sosial Buzz

Pemandu E-Hailing Didakwa Tonton Video Ketika Memandu, Penumpang Luah Kebimbangan Soal Keselamatan

by Naja Nix
February 25, 2026

Isu keselamatan perkhidmatan e-hailing kembali menjadi perbualan hangat apabila seorang individu tampil berkongsi pengalaman kurang menyenangkan melibatkan seorang pemandu yang...

Read moreDetails
Insentif

Kenapa Gula Rahmah Tidak Dijual Di Pasar Raya? Ini 3 Fakta Penting

by Phic ARMAN
January 4, 2026

Dalam keadaan rakyat terpaksa berkira setiap sen, satu perkara kecil seperti gula pun boleh jadi isu besar di dapur. Sebab...

Read moreDetails
Insentif

Rezeki Ramadan! Dompet Elektronik RM20 Buat Pengunjung & RM100 Buat Peniaga Bazar

by Ayu Kamaruddin
February 16, 2026

Menjelang Ramadan, ada berita baik untuk kaki bazar dan peniaga juadah berbuka puasa. Kerajaan negeri tampil dengan inisiatif khas menerusi...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore