Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Reza Rahadian Pernah Dapat RM6.35 Potong Rumput Demi Bantu Ibu

by Puteri Alia
October 29, 2025
Share on Facebook

Pelakon tersohor Indonesia, Reza Rahadian, mengimbas kembali zaman kecilnya yang penuh kepayahan apabila pernah menerima bayaran hanya RM6.35 (Rp25,000) hasil menjadi pemotong rumput demi membantu ibunya mencari rezeki. Kisah itu dikongsikan Reza, 38, dalam satu temubual bersama podcast The Maple Media di YouTube, yang memperlihatkan sisi lain pelakon hebat itu di sebalik kejayaannya dalam industri seni.

Menurut bintang filem Habibie & Ainun itu, kehidupannya tidak selalu mewah seperti hari ini. Ketika krisis ekonomi melanda Indonesia pada 1998, Reza dan ibunya terkesan teruk kerana hidup hanya bergantung antara satu sama lain.

“Saya dulu berdua sahaja bersama ibu, jadi kami pernah terkena impak krisis ekonomi pada 1998. Ketika itu saya masih kecil, tapi saya sanggup berbasikal untuk tanya jiran jika ada yang mahu potong rumput di rumah mereka. Saya hanya ingin bantu ibu sahaja untuk dapat pendapatan,” katanya dengan nada sebak.

Kisah tersebut mengundang rasa kagum ramai peminat kerana tidak ramai tahu pelakon yang kini dianggap antara ikon industri perfileman Indonesia itu bermula dengan kehidupan serba kekurangan. Dedikasi dan kesungguhan Reza sejak kecil jelas membentuk keperibadian serta disiplin yang membawanya ke tahap sekarang.

Reza kini dikenali sebagai salah seorang pelakon lelaki paling berbakat dan berpengaruh di rantau Asia Tenggara. Hampir semua filem lakonannya mendapat sambutan hangat dan pujian tinggi, antaranya Wanita Berkalung Sorban, My Stupid Boss, Rudy Habibie, Surga Yang Tak Dirindukan 2, Toko Barang Mantan, Layla Majnun, Garis Waktu dan Layangan Putus The Movie.

Selain karisma luar biasa dan kemampuan menjayakan pelbagai watak, Reza juga diiktiraf dengan pelbagai anugerah berprestij dalam dunia lakonan. Namun, di sebalik kejayaan itu, kisah RM6.35 yang pernah diraihnya suatu ketika dahulu menjadi simbol kerendahan hati dan ketabahan luar biasa seorang bintang besar yang tidak pernah lupa asal usulnya.

Reza Rahadian
https://lomp.at/qvbky
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak

by Naddy Joe
February 24, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial saat mengetahui anak sahabatnya...

Read moreDetails
Spotlight

Hajat Terakhir Eric Dane Yang Menyayat Hati

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Pada 19 Februari, dunia hiburan kehilangan bintang Grey's Anatomy itu selepas hampir setahun berjuang melawan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Beliau...

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Baru-baru ini tular satu video di Threads yang memaparkan pelakon, Kamal Adli sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Hawra...

Read moreDetails
HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara