Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Rezeki Fatin Ada,Tak Semestinya Beri Kepada Aisyah Semuanya”- Alif Teega Akui Isteri Keduanya Juga Diberi Harta

by Puteri Alia
February 5, 2024
Share on Facebook

Pada dasarnya Islam membenarkan poligami dengan syarat ketat.

Poligami bukan hanya untuk dorongan nafsu dan keinginan semata-mata, sebaliknya lelaki yang ingin berpoligami perlu mematuhi prosedur ditetapkan untuk sentiasa berlaku adil dan tidak menzalimi hak atau kewajipan kepada setiap isteri juga anak-anaknya.

Maksudnya, lelaki tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan poligami. Dalam surah An nisa ayat tiga dijelaskan, Islam sudah memperbaiki martabat wanita jika dibandingkan dengan amalan poligami pada zaman jahiliah.

Poligami hanya boleh dilakukan jika lelaki itu memenuhi syarat yang sudah jelas dinyatakan dalam al-Quran iaitu mampu berlaku adil.

Isu berhubung poligami di kalangan masyarakat Islam di Malaysia sering menjadi tumpuan media massa khususnya hal yang menyentuh kedudukan hak isteri pertama terhadap harta dalam tempoh perkahwinan tersebut.

Pengorbanan mereka diiktiraf dalam undang-undang keluarga Islam dengan diberi kelebihan dari sudut membolehkan pembahagian harta sepencarian dalam perkahwinan berdasarkan tempoh usia perkahwinan yang lebih lama berbanding isteri-isteri yang lain.

Berbahas soal ini, baru-baru ini pempengaruh media sosial kontroversi, Aisyah Hijanah bersyukur apabila prosedur harta sepencarian difailkan olehnya sudah selesai dibicarakan di Mahkamah Syariah Shah Alam, pagi tadi.

Aisyah atau nama sebenarnya Aisyah Hijanah Azhari, 29, memaklumkan bahawa syarikat Hijanah yang sebelum ini diusahakan olehnya dan suaminya, Alif Teega sudah sah menjadi miliknya.

“Kami baru sahaja habis perbicaraan untuk kes harta sepencarian yang sudah persetujui sebelum ini.

“Hari ini selesai sudah semua dan disahkan oleh hakim. Syarikat Hijanah diuruskan bersama, tapi Alhamdulillah Alif pun sudah serahkan sepenuhnya atas nama Aisyah,” katanya.

Menurut sumber, Alif memaklumkan perkara itu difailkan bukan bermakna isterinya seorang yang tamak, sebaliknya ia diuruskan sendiri oleh isterinya sejak awal lagi.

“Apa yang kita buat hari ini bukan menunjukkan isteri tamak, nak bolot semua. Selayaknya Aisyah dapat sepenuhnya harta ini. Benda ini sepatutnya dibuat sebelum poligami.

“Isteri ada hak minta apa yang dia nak,” katanya.

Ditanya mengenai pembahagian harta buat isteri kedua dikenali sebagai Fatin, Alif berkata, isteri keduanya mempunyai bahagiannya yang tersendiri.

“Rezeki Fatin ada. Tak semestinya beri kepada Aisyah semuanya, Fatin tidak dapat apa. Dia (Aisyah) sesuai dapat apa yang dia dapat.

“Takkan yang diusahakan ini, yang kedua nak merasa. Biarlah Aisyah uruskan. Dia (Fatin) ada rezeki dia. Ada bahagian dia,” katanya.

Terdahulu, Aisyah mendedahkan harta sepencarian bersama suami sudah dipindah milik penuh kepada dirinya.

Harta sepencarian dimaksudkan termasuklah pegangan perniagaan tudung, rumah, kereta dan aset-aset lain.

Aisyah Hijanahalif teegafatin
https://lomp.at/aecfi
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Normala Samsudin Dikejarkan Ke Hospital Kerana Darah Tinggi-“Akhirnya Saya Kalah..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin memulakan tahun baru dengan ujian kesihatan apabila dia terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ifa Raziah Beri Kejutan Ziarah Pembantu Rumah Di Indonesia, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon dan usahawan, Datuk Ifa Raziah mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momennya menziarah pembantu rumah kesayangannya, Linda di Indonesia,...

Read moreDetails
Lokal

Nadia Annuar ‘Sekolah’ Netizen Yang Minta Perempuan ‘High Maintenance’ Untuk Kekal ‘Single’-“Kau Ingat Kiteorang…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pengacara, Nadia Annuar menyelar komen netizen yang menyifatkan para wanita 'high maintenance' untuk kekal bujang sehingga selamanya. "Perempuan yang high...

Read moreDetails
Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore