Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Richard Marx Meriahkan Sambutan Jubli Intan Resorts World Genting

by Aphit J.
June 8, 2025
36
KONGSIAN
Share on Facebook

Resorts World Genting (RWG) bakal meraikan sambutan Jubli Intan ke-60 dengan penganjuran konsert eksklusif penyanyi legenda, Richard Marx.

Malam Penuh Nostalgia

via RWG

Konsert satu malam sahaja ini akan berlangsung pada Sabtu, 16 Ogos 2025 jam 9 malam di Arena of Stars, menjanjikan malam penuh nostalgia dan kenangan indah.

Richard Marx, pemenang Anugerah Grammy dan artis multiplatinum, telah menjual lebih 30 juta album sepanjang lebih 35 tahun dalam industri muzik.

Beliau terkenal menerusi lagu-lagu ikonik seperti Right Here Waiting, Now and Forever, serta Endless Summer Nights.

Menjanjikan Pengalaman Istimewa

via Close Work

Kehebatan vokalnya dan sentuhan emosi dalam penulisan lagu menjadikan Marx antara figura penting dalam dunia muzik antarabangsa.

Konsert ini dijangka menjadi pengalaman istimewa, menyatukan generasi lama dan baharu melalui lagu-lagu yang merentasi dekad.

Ia bukan sekadar persembahan muzik, tetapi juga satu penghargaan terhadap legasi seni Richard Marx dan simbolik kepada perjalanan enam dekad RWG sebagai destinasi hiburan utama.

Tawaran Istimewa Untuk Pembeli

via LP Cover

Tiket konsert ditawarkan dalam lima kategori iaitu RM1,188 (VIP), RM888 (PS1), RM768 (PS2), RM588 (PS3) dan RM368 (PS4).

Tiket pra-jualan untuk ahli Genting Rewards Card (GRC) Gold ke atas dan pemegang kad VISA bermula 4 Jun 2025, manakala jualan umum bermula 9 Jun 2025.

Ahli GRC layak menikmati diskaun 15% bagi tiket VIP hingga PS3 semasa tempoh pra-jualan.

Namun, hanya satu jenis diskaun boleh digunakan bagi setiap transaksi.

Untuk maklumat lanjut serta pembelian tiket, layari rwgenting.com. Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi lagenda muzik dunia secara langsung dalam malam yang pasti tidak dapat dilupakan.

Richard Marx
https://lomp.at/p7g45
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @TMZ (X)
Hollywood

Sudah ‘Move On’, Kali Ini Dakota Johnson Bercinta Dengan Penyanyi Muda!

by Nurul A.
January 26, 2026

Aktres Hollywood, Dakota Johnson dikhabarkan mempunyai teman lelaki baharu selepas berpisah dengan vokalis Coldplay iaitu Chris Martin pada Jun 2025....

Read moreDetails
Foto - @faizalhusseinofficial (IG)
Lokal

Penangan “Walid”, Ramai Wanita DM Tawar Diri Jadi ‘Isteri’ Faizal Hussein

by Nurul A.
February 6, 2026

Nampaknya penangan watak "Walid" membuatkan pelakon veteran Faizal Hussein terus menjadi rebutan para wanita sehingga ada yang menghantar mesej peribadi,...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Kongsi Momen Lucu Bercuti Di Jepun, Peminat Komen-“Rasanya Saya Kena Belajar..”

by Naddy Joe
January 19, 2026

Perkongsian pelakon, Anzalna Nasir ketika bercuti di Jepun sebelum ini mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen lucu mereka sekeluarga pernah...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Foto - @ritrud727 (IG)
Lokal

[VIDEO] Tetap Solat Walaupun Tepi ATM, Sikap Rita Rudaini & Anak Tuai Pujian

by Nurul A.
January 6, 2026

Pelakon Rita Rudaini baru-baru ini mencuri perhatian apabila berkongsi sebuah momen yang cukup istimewa bersama dua orang anaknya, Airit Rayyan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore