Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Disuruh Mengaku Gay Atau Tidak Semasa Temubual, Ricky Martin Akui Masih Trauma?

Dia mengalami PTSD (post-traumatic stress disorder) selepas temubualnya bersama Barbara Walters.

by Naddy Joe
June 3, 2021
Share on Facebook

Penyanyi Sepanyol, Ricky Martin mededahkan bahawa dia mengalami PTSD (post-traumatic stress disorder) selepas temubualnya bersama Barbara Walters, yang mana hos tersebut berulang kali beri tekanan pada penyanyi itu mengenai seksualitinya.

Menurut Insider, ketika itu Ricky Martin sedang berada di puncak karier penyanyi kerana kejayaan lagunya Livin’ La Vida Loca, tetapi terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Ricky Martin adalah seorang gay.

Ditanya Berkali-Kali Mengenai Seksualiti

Ricky Martin dan Barbara Walters

Dalam temubualnya pada tahun 2000, Barbara Walters tanya berkali-kali mengenai khabar angin tersebut.

“Adakah mereka terluka? Bagaimana anda mengatasinya?” -Tanya Barbara Walters kepada Ricky Martin, merujuk kepada khabar angin tersebut.

Ricky Martin kemudian menjawab pertanyaan hos rancangan tersebut dengan menyatakan bahawa seksualiti dan homoseksualiti tidak sepatutnya menjadi masalah untuk semua orang.

“Seksualiti dan homoseksualiti tidak sepatutnya menjadi masalah bagi sesiapapun. Saya rasa seksualiti adalah sesuatu yang harus ditangani oleh setiap individu dengan cara mereka sendiri. Dan itu sahaja yang harus saya katakan mengenai perkara itu.”-Ricky Martin

Namun, Barbara Walters tidak membiarkannya begitu sahaja, beliau terus menyatakan kepada Ricky Martin bahawa dia patut menghentikan desas-desus ini.

“Anda patutnya menghentikan desas-desus ini. Anda patutnya mengatakan, ‘Ya, saya seorang gay atau tidak saya bukan seorang gay.”-Barbara Walters

“Saya hanya rasa tidak suka untuk menyatakannya.”-Ricky Martin

Kongsi Perasaannya Selepas 20 Tahun Berlalu

Ricky Martin mendedahkan bahawa dia berasa takut untuk keluar kerana rasa keliru dan berpacaran dengan “ramai wanita” selepas temubualnya bersama Barbara Walters.

“Ketika dia bertanya soalan begitu, saya rasa ianya melampaui batas. Saya menjadi tidak bersedia untuk keluar. Saya sangat takut. “-Ricky Martin

Ricky Martin turut mengakui bahawa ketika dia duduk bersama Barbara Walters, dia berasa sangat keliru mengenai seksualiti dan berpacaran dengan “ramai wanita”, dan juga lelaki.

Seksualiti adalah satu perkara yang rumit, Ia penuh dengan warna. Tiada hitam putih. Ianya dipenuhi dengan warna. Ketika saya berpacaran dengan wanita, saya jatuh cinta dengan wanita. Ianya terasa betul dan indah. Anda tidak boleh memalsukan chemistry yang ada bersama mereka. Saya tidak menipu sesiapa.”-Ricky Martin

ricky martin
https://lomp.at/c37ru
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Zahirah Macwilson Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isaac Raees Yang Ke-5

by Naddy Joe
January 6, 2026

Pelakon, Zahirah Macwilson menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir putera tunggalnya Isaac Raees yang kini sudah berusia lima tahun pada...

Read moreDetails
Lokal

Ayie Floor 88 Dedah Nama Serta Wajah Anak Kedua, Curi Perhatian Peminat!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Isteri kepada vokalis Floor 88, Ayie iaitu Natasha Ahmad Zawawi sebelum ini telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 12...

Read moreDetails
Foto - @nabil_ahhhhh (Threads)
Indonesia

[VIDEO] Tular Berpelukan Dengan Wanita, Jefri Nichol Ada Kekasih Baru?

by Nurul A.
January 5, 2026

Nampaknya nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol tidak akan berhenti menjadi perbualan hangat pengguna media sosial dalam masa terdekat. Ini kerana...

Read moreDetails
Foto - @remyishak (Threads)
Lokal

Tuduh Sumber Rezeki Tak Halal, Remy Ishak Bidas Tareq Fit- “Sejarah Hitam Apa Hantui Hidup Anda?”

by Nurul A.
February 24, 2026

Kenyataan berbalas jurulatih kecergasan, Tareq Fit terhadap teguran pelakon Kamal Adli nampaknya telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pelakon senior...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Pesan, -“Elak DM Untuk Luah Masalah, Orang Ambil Kesempatan Ramai”

by Nurul A.
January 26, 2026

Pelakon dan usahawan, Adam Corrie mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu nasihat di platform Threads untuk pengikutnya, khususnya golongan wanita....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore