Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Rider’ Hantar Makanan & Minuman Haram, Ustazah Asma Harun Jelas Hukumnya!

Ustazah Asma Harun memberi penjelasan tentang hukum menghantar makanan dan minuman tidak halal

by Puteri Alia
July 25, 2022
via Facebook Ustazah Asma Harun

via Facebook Ustazah Asma Harun

Share on Facebook

Perkhidmatan menghantar makanan menerusi pesanan dalam talian merupakan pekerjaan yang ramai dilakukan pada zaman ini.

Apatah lagi perkhidmatan seperti ini mula dipandangan serius semenjak negara di landa pandemik dua tahun lalu, kerana ia merupakan sumber rezeki buat mereka yang hilang punca pendapatan akibat penularan virus tersebut.

Hantar Makanan Dan Minuman Haram Apa Hukumnya?

Meski sibuk menjalankan tugas dengan menghantar makanan, namun ada segelintir penghantar makananan beragama Islam yang musykil tentang hukum menghantar makanan dan minuman haram dalam pesanan yang diterima.

Murai MY menjengah ke laman Facebook pendakwah dan penceramah terkenal, Ustazah Asma Harun dimana beliau membincangkan dan menjelaskan soal isu tersebut.

Melihat coretan yang dimuatnaik Ustazah Asma, beliau ditanya tentang soal hukum oleh seorang individu yang bekerja sebagai penghantar makanan.

“Assalamualaikum. Ustazah, saya bekerja sebagai penghantar makanan (rider). Adakalanya, saya dapat pesanan makanan tidak halal seperti arak dan daging khinzir. Boleh ustazah jelaskan hukumnya?” Soal penghantar makanan

via Facebook Ustazah Asma Harun

5 Perkara Perlu Diberi Perhatian

Berdasarkan soalan yang diterima, Ustazah Asma menggariskan lima perkara yang perlu diberi perhatian kepada mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan menerusi coretanya di laman Facebook beliau.

“1.Harus bekerja sebagai penghantar makanan (rider) sekiranya barang dan sifat pekerjaannya umum dan tidak bertujuan jahat.

2.Haram jika dia mengetahui bahawa pekerjaannya jelas membawa kepada maksiat dan kemungkaran seperti arak, khinzir dan sebagainya walaupun ditujukan kepada orang bukan Muslim.

3.Haram baginya untuk menghantar sesuatu pesanan sekiranya dia mendapat sangkaan yang kuat (yakin) akan tujuan penggunaan pesanan tersebut membawa kepada perkara haram.

4.Dimaafkan jika terdapat barangan sampingan ikutan (tabi’) yang haram sedangkan asal pekerjaannya adalah harus seperti menghantar pesanan makanan yang halal namun terdapat ramuan atau bahan haram yang digunakan dalam makanan tersebut.

5.Jika pesanan bercampur halal dan haram, perlu melihat kepada 3 perkara iaitu”

-Jelas mengetahui makanan/minuman yang halal melebihi yang haram maka ia dianggap halal.

-Jelas mengetahui makanan/minuman yang haram melebihi yang halal maka ia perlu dielakkan menurut Imam Ahmad.

-Tidak dapat membezakan antara yang halal dan haram maka hukumnya adalah makruh menurut Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’.” Jelas Ustazah Asma

Bagi yang bekerja dalam industri perkhidmatan menghantar makanan terutama yang individu Muslim, boleh jadikan penjelasan yang diberikan oleh Ustazah Asma Harun sebagai panduan dalam isu mendapat pesanan makanan haram dan halal.

[VIDEO] "Tapi Kalau Takde Orang Datang Aunty Jaa Sedih, Datang La..." - Suka Dessert Beri Hampir 10K Croissant Percuma Jumaat Ini
halalharamhukumPesanan MakananUstazah Asma Harun
https://lomp.at/n4p8k
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Sheikh Muszaphar Terharu Lihat Ibu Masih Bertenaga Ketika Saie-“Siap Lari Anak Lagi..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa kagum dengan ibunya yang masih bertenaga biarpun sudah berusia 81 tahun...

Read moreDetails
Lokal

“Biar Allah Saja Yang Tahu Kebenaran..”-Rita Rudaini Beri Respon Isu Muafakat MRSM Sungai Besar?

by Naddy Joe
January 19, 2026

Pelakon, Rita Rudaini tampil bersuara terhadap salah seorang netizen yang mendakwa pelakon ini yang 'kecoh' mengenai Kepimpinan Persatuan Ibu Bapa...

Read moreDetails
Lokal

Ayie Floor 88 Dedah Nama Serta Wajah Anak Kedua, Curi Perhatian Peminat!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Isteri kepada vokalis Floor 88, Ayie iaitu Natasha Ahmad Zawawi sebelum ini telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 12...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore