Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Makin Gila, Kejam!”- Rita Rudaini Ulas Isu Tentera Dibuang Kerja Kerana Tolak Vaksin

by Soph Azz
August 24, 2021
90
KONGSIAN
Share on Facebook

Gara-gara menolak suntikan vaksin COVID-19, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan seorang anggotanya bakal diberhentikan dalam masa terdekat. Melihatkan isu yang tular ini, pelakon Rita Rudaini tidak terlepas daripada memberi responnya.

Dipetik daripada Kosmo, pembuangan seorang anggota berpangkat sarjan, Wan Ramli dari Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) mengatakan dia mempunyai hak untuk menolak. Ini kerana perkara itu belum diwajibkan secara sepenuhnya pada petugas barisan hadapan.

Foto – Utusan

Pelakon Rita Rudaini yang melihat berita yang tular itu menyifatkan perkara ini tidak patut dilakukan. Akuinya disebabkan oleh anggota terbabit menolak suntikan vaksin, ramai yang bertindak menjadi kejam dan memaksa beberapa pihak untuk menerimanya.

“Makin gila, makin kejam dan makin jauh sangat manusia-manusia ni. Moga Allah balas segalanya kepada mereka yang bertanggungjawab aniaya Sjn Wan Ramli dan mereka yang mengecam dan mengutuk beliau.

Jasa selama 19 tahun tidak dipandang”, tulisnya.

Foto – @ritrud727 (Instagram)

Tambahnya disebabkan oleh penolakan suntikan vaksin ini, banyak pihak menjadi lupa akan jasa dan khidmat anggota tentera terbabit pada negara. Dia juga berharap beberapa pihak yang bersikap tidak adil ini diberikan balasan.

Sekadar info tambahan, Wan Ramli Wan Seman yang berkhidmat selama 19 tahun dalam pasukan tentera dipecat daripada perkhidmatannya berkuat kuasa pada 26 Ogos 2021. Pada masa yang sama, anggota ini bakal kehilangan wang pencen yang layak diterimanya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
rejimen askar melayu dirajarita rudainitentera darat malaysiawan ramli wan seman
Share36Tweet23SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara