• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

[VIDEO] ‘Saya Marah’- Rizman Ulas Isu ‘Dress’ Warna Kulit Natasha Hudson

by Zaidin Albert
January 6, 2021
Share on Facebook

Semalam, tular gambar dan video pelakon dan usahawan Natasha Hudson mengenakan dress berwarna putih ketika majlis pelancaran produk kecantikan Crystal C White.

Mana tidaknya, Natasha yang dahulunya pernah mengenakan niqab, tiba-tiba sahaja muncul berpenampilan seksi.

Aksi berani Natasha memperlihatkan sebahagian bahunya pada dress ini mengundang reaksi negatif dari netizen. Biasalah, netizen kan sangat sensitif dengan isu-isu berkaitan aurat wanita muslimah.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/01/WhatsApp-Video-2021-01-06-at-2.31.43-PM.mp4

Video: Instagram Stories @natashahudson

Walaubagaimanapun, Natasha menjelaskan bahawa bahagian yang menampakkan bahu itu di alas dengan kain berwarna coklat cair (skin color). Walaupun masih menutup aurat, namun warna tersebut boleh memberi pandang negatif.

Rizman Terkejut Dan Marah

Foto: Instagram @rizalman.n

Sementara itu, rata-rata netizen tertanya-tanya, siapakah pereka fesyen yang menghasilkan dress seksi itu. Menurut tinjauan Murai MY di Instagram, dress tersebut direka oleh Rizman Ruzaini.

Dalam sebuah kenyataannya di Kosmo, Rizman mengakui dress itu rekaan Rizman Ruzaini yang dilelong. Rizman terkejut dan tidak tahu Natasha akan memakainya.

 “Baju tersebut adalah koleksi pakaian pengantin yang telah dibuat sejak tiga tahun lalu dan telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus.”

Rizman berkata, dia kecewa kerana wanita yang memakainya adalah seorang yang berhijab. Tambahnya lagi, dress itu memang direka sedemikian namun sesuai dikenakan kepada wanita yang tidak berhijab.

“Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu dia (Natasha Hudson) yang memakai baju itu kerana dia berhijab.”- tegasnya

Rizman merasa kesal, kerana hal sebegini boleh menyebabkan imej dan jenama Rizalman Ruzaini akan terjejas dan berharap penatarias lebih peka dengan imej seorang wanita muslim yang berhijab supaya menjaga sensitiviti masyarakat.

Rizman Ruzaini Vs Suami Intan Najuwa, Ini Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Hutang RM1.3 Juta
Natasha Hudsonrizman nordinseksi
https://lomp.at/u40r0
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Fesyen

Baju Kebaya To’ Puan Syamim Farid Curi Perhatian, Pereka Fesyen Bukan Biasa-biasa

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda  ikut perkembangan fesyen tempatan, pasti perasan To’ Puan Syamim Farid muncul dengan aura tersendiri dalam koleksi Baju Kebaya...

Read moreDetails
Foto - MStar
Fesyen

8 Lubuk Baju Raya Sekitar KL & Selangor Untuk Kamu Yang Suka Shopping Last Minute!

by Soph Azz
April 14, 2023

Walaupun tinggal lebih kurang seminggu lagi nak sambut bulan Syawal, masih ada di kalangan kita yang belum lakukan persiapan raya....

Read moreDetails
Fesyen

“Boleh Kreatif Tapi Jangan Rosakkan Identiti Baju Melayu”- Zac Daniel, Model

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Zac Daniel bukanlah nama asing dalam dunia fesyen dan peragaan. Dengan lebih 5 tahun pengalaman menapak di pentas fesyen tempatan,...

Read moreDetails
Fesyen

[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan Syed Saddiq dipercayai menyerahkan kad jemputan, dan terus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen tentang...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Fesyen

Kalau Runsing Fikirkan Warna Baju-Tudung Yang Sesuai, Boleh Ikut 16 Idea Padanan Ini…

by Soph Azz
March 27, 2023

Pernah tak kamu buka almari baju dan tudung, kemudian termenung habiskan masa memikirkan warna mana yang sesuai dipadankan? Miss Murai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore