Wednesday, October 15, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

RM100,000! Bawal Exclusive Tudung Paling Mahal Di Dunia

by Khai Azfar
August 14, 2020
393
KONGSIAN
Share on Facebook

Jenama tudung Bawal Exclusive rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Bermula dengan perniagaan tudung secara kecil-kecilan dengan membuka gerai di Jalan Tunku Abdul Rahman, kini bertukar menjadi salah satu jenama tudung premium di Malaysia. Sehingga kini, mereka mempunyai 2 buah butik di Puchong dan Kuala Lumpur serta 29 reseller yang merangkumi setiap negeri di Malaysia.

Paling Mahal Di Dunia

Terbaru, mengorak lagi langkah Bawal Exclusive telah mencipta sejarah dengan mempersembahkan sehelai tudung yang kini dinobatkan sebagai termahal di dunia. Bernilai RM100,000 ianya dibuka khusus sempena pembukaan Private Lounge Bawal Exclusive yang terletak di Puchong, Selangor tidak lama lagi.

Hadiah Dari Swarovski

Untuk info, tudung ini merupakan pemberian khas oleh Swarovski kepada Bawal Exclusive sebagai tanda perhargaan dan terima kasih mereka kerana menjadi antara pemborong terbesar di dunia sejak dahulu lagi selain meraikan ulang tahun Swarovski yang ke-125 tahun.

Tudung yang direka dan diinspirasikan khusus oleh pengasas jenama Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri dan Mohd Rosli Awang pastinya mencatatkan sejarah apabila diiktiraf di dalam Malaysia Book of Records sebagai tudung termahal yang pernah dihasilkan.

Menceritakan kisah pembukaan tersebut, ianya bermula apabila kedua-dua mereka dijemput ke majlis makan malam oleh pihak ibu pejabat Swarovski di Wattens, Austria pada 24 Oktober 2018 sempena pembukaan Swarovski manufaktur (studio reka kreatif) baharu di sana. Kesemua wakil daripada jenama terkenal dunia hadir dan merasai sendiri kemewahan kristal Swarovski yang dipertontonkan secara eksklusif kepada mereka.

“Bermula dengan satu pancaran kristal Swarovski dan ia seterusnya menghasilkan pancaran laser yang menyerlahkan butiran kristal yang berada di dalam dewan. Sudah pasti kesemua tetamu yang berada di dalam dewan berkenaan terpukau dengan keindahan yang dipertontonkan.”

“Sejak malam itu, saya berjanji mahu membawa memori tersebut pulang ke Malaysia untuk dinikmati bersama dengan seluruh penggemar jenama Bawal Exclusive selain memiliki sebuah butik mewah setanding dengan jenama antarabangsa yang lain.

“Ini juga sebagai pemberian yang peniaga Islam juga mampu berdiri sama tinggi dengan jenama popular lain. Jangan takut untuk merealisasikan impian. Semuanya perlu bermula dengan langkah pertama,” tambah Haliza ketika ditemui Murai.my

Menariknya rekaan yang melatari tudung RM100,000 ini merupakan idea Haliza dan telah direalisasikan oleh Austria Swarovski Head of Design Team. Berdiameter 1.14 meter X 1.14 meter, tudung ini ditaburi 7,512 kristal Swarovski dan mengambil masa 320 jam untuk disiapkan seramai 12 orang pekerja.

Bawal Exclusivetudung paling mahal di dunia
https://lomp.at/3z2nb
Share175Tweet91SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Fesyen

[VIDEO] Pond*n Masuk Neraka? Jawapan Selamba Fazura Lepas Disakat Bukti ‘Friendship Goal’

by Phic ARMAN
August 13, 2025

Baru-baru ini, akaun Instagram @fazurafatima_fc berkongsi satu momen comel yang mencuit hati peminat Fazura. Video tersebut dirakam selepas berakhirnya Kuala...

Read more
Fesyen

Cha Eun Woo Bawa Aura Oppa Dalam Koleksi Sport Skechers Terbaru

Kalau sebut nama Cha Eun Woo, confirm ramai yang terus terbayang wajah jambu oppa kesayangan ramai ni kan? Nah, berita...

Read more
by Phic ARMAN
August 29, 2025
Fesyen

MAGLIFESTYLE Hidupkan Romansa Pastel Dalam Koleksi ‘Dreamy Biomimicry’ SS26

Di pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2025, MagLifestyle memperkenalkan koleksi Spring/Summer 2026 bertema Dreamy Biomimicry. Runway bertukar jadi dunia fantasi...

Read more
by Phic ARMAN
August 22, 2025
Fesyen

Zahida Rafik Makin ‘Stunning’ Di KLFW 2025, Rambut Blonde Macam Supermodel

“Ini Zahida Rafik ke? Seriuslah?!”- Itulah reaksi paling biasa yang kami dengar di KLFW 2025 masa kelibat pelakon era 90-an...

Read more
by Zaidin Albert
August 7, 2025
Fesyen

[VIDEO] Beyoncé Main Pool, Hadiahnya Seluar Jeans?

Kalau orang lain main pool, paling-paling pun hadiah dapat duit belanja atau piala. Tapi bila Beyoncé turun gelanggang, lain pula...

Read more
by Phic ARMAN
September 10, 2025
Fesyen

Single & Tiada Anak, Inilah Pewaris Harta RM46 Billion Giorgio Armani

Pereka fesyen terkenal dunia, Giorgio Armani baru sahaja meninggal dunia pada usia 91 tahun. Bukan calang-calang nama okay, sebab dialah...

Read more
by Phic ARMAN
September 8, 2025
Fesyen

Bella Astillah, Nadhir Nasar & YB Syed Saddiq Turun Padang Untuk Kedai Runcit Dr. Cardin

Jenama kasut tempatan yang tak asing lagi, Dr Cardin, kali ini tampil dengan sesuatu yang berbeza! MURAI sempat hadir ke...

Read more
by Phic ARMAN
October 8, 2025
Bisnes

Dayang Nurfaizah Mahu Sokong Jenama Pereka Tempatan, Dipilih Sebagai Duta Rasmi Amber

Penyanyi, Dayang Nurfaizah mengakui Amber Ekslusif Wear Casual Wear, jenama di bawah Usanita Sdn Bhd sesuai dengan gayanya yang 'simple'...

Read more
by Naddy Joe
August 14, 2025
Fesyen

Lelaki Muslim Bergaun di KLFW? Ini Teguran Menteri Agama

Lelaki Muslim diingatkan supaya tidak terlibat dalam gaya atau penampilan yang menyerupai wanita, terutamanya dalam bidang fesyen. Teguran ini disuarakan...

Read more
by Aphit J.
August 16, 2025
Fesyen

[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang

Murai tak tipu, bila tengok video yang dikongsikan pereka fesyen terkenal Radzuan Radziwill Ini, terus rasa macam dibawa ke alam...

Read more
by Zaidin Albert
August 15, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: “Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!”

  2. 2

    [VIDEO] Fatima Dah Tak Sabar Nak Menari, Gelagat Comelnya Buat Ramai Cair!

  3. 3

    “Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

  4. 4

    [VIDEO] Ammar Ahyan & Keluarga Naik LRT Buatkan Netizen Teruja!

  5. 5

    Jebat Jayden “Bantai” Ayah Sendiri? Aksi Tinju Anak Sharnaaz Ahmad Curi Tumpuan Jojo!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem