Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Roti John Lobster Antara Penyeri Bazaar Malam Di W Kuala Lumpur

by Naddy Joe
February 7, 2025
Share on Facebook

Bazaar Malam di W Kuala Lumpur, salah satu bufet Ramadhan terbaik di pusat bandar yang menggabungkan hdangan Pan-Asia, Timur Tengah, dan tempatan Malaysia kini kembali.

Bazaar Malam membawakan bersama tradisi yang kaya daripada tiga budaya kulinari yang berbeza ke dalam perayaan. Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke tempat acara, anda akan dibawa ke dalam dunia di mana-mana aroma rempah, makanan jalanan yang enak, dan pengalaman mengenai budaya, rasa, perayaan makanan, komuniti, dan kegembiraan bersama.

Dengan sentuhan kelazatan Timur Tengah untuk perayaan, bermula dengan Mezze yang berwarna-warni, termasuklah Salad Delima Pudina dan Salad Kus Kus Kacang Kuda dan Ayam, digandingkan dengan Hummus house-made , Tabbouleh, dan Mutabal. Ketuhar api menampilkan Daging Kambing Ouzi yang dimasak secara perlahan dengan Nasi Basmathi berempah dan Flat Bread yang dibakar dengan Zataar Bawang Putih dan Keju.

Pilihan Kebab yang menawarkan pelbagai pilihan yang di gril oleh pakar, seperti Doner Ayam dengan Sos Cili Api, Tavuk Sis, Adana Kofte, dan Beef Koobideh. semuanya disajikan dengan sos-sos yang berperisa seperti Bawang Putih, Cacik, dan Ezme untuk melengkapi setiap gigitan.

Disebabkan oleh permintaan popular, hidangan signatur yang mencuri hati tetamu tahun demi tahun, iaitu Roti John Lobster telah kembali di dalam menu. Roti John Lobster adalah persembahan yang menakjubkan yang membawa sandwich biasa ke aras yang luar biasa.

Topik Berkaitan W Kuala Lumpur Lancar Celestial Rhapsody, Gabungan Berani Festival Mid-Autumn

Ciptaan gourmet ini menampilkan lobster segar dan berjus yang dipanggang oleh pakar dan dihidangkan dalam roti sandwich yang dipanggang sehingga sempurna.

Pengunjung juga dapat menikmati perasa smoky dan bold dari Charcoal Grill. Rasai makanan laut dan daging yang dipanggang sempurna seperti, Udang Harimau, Sotong, Siakap, dan Mahi Mahi, dikayakan dengan sos berperisa seperti Asam Jawa, Limau Chili Basil, Soy Chili Garlic, dan Nam Jim Jiew yang menyegarkan.

Untuk pengalaman hidangan Malaysia, nikmati Satay Ayam & Daging Lembu, digandingkan dengan Sos Kacang dan Samba Chili, disertakan dengan Nasi Impit, Timun Segar, dan Bawang. Hidangan Utama lain termasuklah Kari Laksa Udang Galah yang pedas dan penuh rasa, Bao Bun Daging Wagyu yang lembut dengan sos BBQ Korea yang bold, dan Popia Basah Lobster yang menyegarkan, menggabungkan sayuran yang rangup.

Lokasi: Flock, Level 8, W Kuala Lumpur, 121, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tarikh: 3 Mac 2025 sehingga 30 Mac 2025

Waktu: Bermula Jam 6.30 Petang

Harga: RM278 (Dewasa), RM139 (Kanak-Kanak).

Nikmati tawaran Early Bird sebanyak 25% jika anda tempah antara 5 Februari hingga 24 Februari 2025 ini,

serta sebanyak 20% pada Minggu Pertama Ramadhan dari 3 Mac 2025 hingga 9 Mac 2025.

View this post on Instagram

A post shared by W Kuala Lumpur (@wkualalumpur)

Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan, anda boleh lawati laman leb W Kuala Lumpur,

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
w kuala lumpur
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara