Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Ruhainies ‘Bawa Diri’ Ke Makkah Dan Madinah Sekaligus Berpeluang Sambut Aidilfitri Di Tanah Suci

by Puteri Alia
April 10, 2024
Share on Facebook

Selepas dihambat oleh pelbagai kontroversi panas dan kecaman, pelakon popular Ruhainies nampaknya telah memilih untuk “membawa” dirinya ke Makkah dan Madinah bagi mengerjakan ibadah umrah, sambil berpeluang berpuasa dan meraikan Aidilfitri di tanah suci.

Ruhainies, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32 tahun, berkongsi kegembiraannya dalam satu hantaran di Instagram Story, menyatakan bahawa impian untuk menghabiskan Ramadan dan Hari Raya di Tanah Suci telah menjadi kenyataan baginya.

“Mimpi menjadi kenyataan. Nak Ramadan dan hari raya di Tanah Suci. Alhamdulillah. Allah sebaik-baik perancang,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram Story.

Pada awal Mac lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita penangkapan Ruhainies dan pelakon Aliff Aziz oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan khalwat di sebuah kondominium di ibu negara.

Kontroversi semakin panas apabila isteri kepada Aliff, Bella Astillah, turut mendedahkan bahawa Aliff telah berkali-kali pergi ke rumah Ruhainies.

Selain itu, terdapat spekulasi bahawa Ruhainies telah berkahwin susulan kepada dakwaan nama beliau didaftarkan sebagai Mrs atau Puan dalam urusan perniagaan di London, serta namanya digabungkan dengan individu lain bagi penubuhan sebuah syarikat.

Bagaimanapun, Ruhainies enggan memberi penjelasan lanjut mengenai spekulasi berkenaan.

Kisah Limbad, Ahli Silap Mata Indonesia Digelar "Syaitan" & Ditahan Askar Arab Saudi
aidilfitriMadinahruhainiesTanah Suci Makkahumrah
https://lomp.at/szeau
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
Berita

Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Ketika Baca Doa Sebelum Azan Maghrib-“Saya Diberi Arahan Oleh Kru Produksi…”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Chef selebriti, Datuk Chef Wan tampil memberikan penjelasan selepas tular video di media sosial yang memaparkan tindakannya mencuit pendakwah selebriti,...

Read moreDetails
Berita

Andika Putera Kesal Sikap Netizen Kritik Pakaian Alisha, Fazura Beri Respon!-“Yang Buruk Ialah Sifat Sombong…”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pempengaruh media sosial, Andika Putera meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan anak perempuannya, Alisha Puteri yang...

Read moreDetails
Berita

Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!- “Daddy Dulu Botol Mineral Je..”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Perkongsian aktor dan usahawan, Fizo Omar mencuri perhatian peminat selepas berkongsi momen bersama anak sulungnya, Wan Maryam. Kongsi Fizo Omar...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore