Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Ruhainies ‘Bawa Diri’ Ke Makkah Dan Madinah Sekaligus Berpeluang Sambut Aidilfitri Di Tanah Suci

by Puteri Alia
April 10, 2024
Share on Facebook

Selepas dihambat oleh pelbagai kontroversi panas dan kecaman, pelakon popular Ruhainies nampaknya telah memilih untuk “membawa” dirinya ke Makkah dan Madinah bagi mengerjakan ibadah umrah, sambil berpeluang berpuasa dan meraikan Aidilfitri di tanah suci.

Ruhainies, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32 tahun, berkongsi kegembiraannya dalam satu hantaran di Instagram Story, menyatakan bahawa impian untuk menghabiskan Ramadan dan Hari Raya di Tanah Suci telah menjadi kenyataan baginya.

“Mimpi menjadi kenyataan. Nak Ramadan dan hari raya di Tanah Suci. Alhamdulillah. Allah sebaik-baik perancang,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram Story.

Pada awal Mac lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita penangkapan Ruhainies dan pelakon Aliff Aziz oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan khalwat di sebuah kondominium di ibu negara.

Kontroversi semakin panas apabila isteri kepada Aliff, Bella Astillah, turut mendedahkan bahawa Aliff telah berkali-kali pergi ke rumah Ruhainies.

Selain itu, terdapat spekulasi bahawa Ruhainies telah berkahwin susulan kepada dakwaan nama beliau didaftarkan sebagai Mrs atau Puan dalam urusan perniagaan di London, serta namanya digabungkan dengan individu lain bagi penubuhan sebuah syarikat.

Bagaimanapun, Ruhainies enggan memberi penjelasan lanjut mengenai spekulasi berkenaan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aidilfitriMadinahruhainiesTanah Suci Makkahumrah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenapa Peminat Samakan Rita Rudaini Dan Shakira?

  2. 2

    [VIDEO] Luahan Engku Emran Tentang Pergaulan Anak Raih Perhatian- “Saya Takut Apabila Anak…”

  3. 3

    Peminat Kecewa Dengan Gaya Hidup Lamine Yamal, Netizen-“Jangan Terlalu Taksub. Travel. Do it a lot”

  4. 4

    Masuk Tandas OKU Tapi Nampak CCTV, Pengguna R&R Rawang Luah Rasa Tak Selesa

  5. 5

    Graduan Muzik Beribu, Tapi Citrawarna 2026 Pilih AI? Eric Fuzi Luah Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara