Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

‘Sampai Ayah Sendiri Yang Sapu Ubat”- Ruhainies Akui Badan Lebam-Lebam

by Soph Azz
June 3, 2021
Foto - Yolk Music

Foto - Yolk Music

Share on Facebook

Menjadi perbualan setiap rakyat Malaysia, drama bersiri Cukup Derita Itu sememangnya memberi impak kepada penonton.

Memegang watak utama sebagai Ellaini, Ruhainies mengaku wataknya itu berat untuk dimainkan semula. Tetapi untuk penonton dan peminat, dia berkongsi setiap perlakuan di dalam drama tersebut adalah benar.

Didera secara real dan tidak dibuat-buat

Dipetik dari Utusan Malaysia, Ruhainies memberitahu setiap adegan yang seperti dipukul, dipijak dan lebam di badannya adalah betul dan tidak dibuat-buat.

Foto – Hot FM / @ruhainies7 (Instagram)

“Memang saya sendiri bagitahu kak Jasmin pukul betul-betul. Sebab itu bila balik rumah, badan lebam-lebam. Sampai ayah sendiri yang sapu ubat dan layan sakit saya. Memang berbaloi. Lebih-lebih lagi bila peminat suka dan layan drama itu kerana lakonan saya. Puas sangat!

“Bayangkan mula-mula nak masuk set, saya tak boleh tidur. Pukul 4 pagi masih mengelamun, pukul 8 pagi kena masuk set dah. Takut pun ada. Saya kena sedia fizikal dan mental untuk watak Ellani ini. Tak boleh buat main-main. Ini amanah dan tanggungjawab.

“Memang pengarah pun ada bagitahu, watak ini risiko dan berbahaya. Mungkin orang nampak ala kena pukul sikit je tetapi emosi dan sakit itu tak buat main ya. Kena pukul betul-betul, kalau tidak nampak plastik. Saya tak mahu itu,” katanya kepada Utusan.

Foto – @ruhainies7 (Instagram)

Mencabar dirinya untuk melakonkan watak yang berbahaya ini, Ruhainies telah membuat keputusan dengan meminta pelakon Jasmin Hamid melakukan adegan pukul dan dera secara realistik.

Mengetahui drama bersiri ini diadaptasikan dari sebuah novel laris, Ruhainies berkata dia berasa sangat takut pada awalnya kerana bimbang tidak dapat melakonkan watak tersebut dengan berjaya.

Tambahan Ruhainies juga berkongsi watak Ellaini memberi peluang kepadanya untuk merasai situasi sama yang dihadapi oleh sesetengah orang di luar sana.

“Duit Dia Memang Banyak, Tak Perlu Sugar Daddy!” – Risteena Bangkit Pertahan Ruhainies
Source: Utusan Malaysia
Cukup Derita Itujasmin hamidruhainies
https://lomp.at/1h88m
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi

by Phic ARMAN
February 26, 2026

Suasana duka yang menyelubungi keluarga Amyza Adnan atas pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail, terus meruntun hati ramai. Dalam kesedihan yang...

Read moreDetails
Foto - @syed.ishak.731 (FB)
Lokal

“Yang Perlu Dibersihkan Adalah Orang Bawa Nama Syed”- PU Syed

by Nurul A.
January 27, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed atau nama penuhnya, Syed Mohd Bakri, dengan tegasnya tampil menjelaskan bahawa individu yang memiliki gelaran "Syed"...

Read moreDetails
Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore