Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ada Rumah Yang Dihanyutkan Air! Ebby Yus, Shila Amzah & Afieq Shazwan Antara Selebriti Mangsa Banjir

Paling terkesan, rumah impian Ebby yang hampir disiapkan kini hanya tinggal kenangan apabila ia musnah sekelip mata

by Khai Azfar
December 20, 2021
Share on Facebook

Kejadian banjir kilat yang melanda kawasan-kawasan utama di Selangor dan Kuala Lumpur ternyata memberi pelbagai kesan kepada rakyat Malaysia yang turut merasai kepayahan dan kesedihan mangsa yang terlibat.

Rumah Ebby Yus Tinggal Kenangan 

View this post on Instagram

A post shared by Berita Harian (@beritaharian)

Bagi industri seni, turut berdukacita dengan nasib beberapa selebriti yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini. Antaranya seperti pelakon Ebby Yus dan penyanyi, Afieq Shazwan serta Shila Amzah. Paling terkesan, rumah impian Ebby yang hampir disiapkan kini hanya tinggal kenangan apabila ia musnah sekelip mata dihanyutkan bah. Difahamkan, rumah yang terletak di Hulu Langat, Selangor itu sedang dibina berkonsep separa batu dan kayu. Malah, telah menelan belanja kira-kira RM200,000 hasil daripada simpanan pembabitan pelakon dan pelawak itu di dalam industri.

Afieq Shazwan Turut Terkesan 

Bagi pelakon dan penyanyi, Afieq Shazwan bersama neneknya pula terpaksa mencari tempat berteduh sementara kerana rumah mereka terjejas teruk akibat bencana tersebut.

“Insyaallah moga baik-baik saja Afieq terpaksa bawa mama(nenek) keluar dari rumah atas sebab air yang makin naik dan keadaan membimbangkan sebab Afieq keluar dan lihat keadaan luar yang makin teruk jadi buat masa ni mencari tempat berteduh sementara. Mohon doa dari semua buat mangsa – mangsa banjir kerana ada yang dalam keadaan lebih teruk dan terdesak” tulis Afieq di sebuah hantaran di laman Instagram

Dalam hantaran susulan, Afieq turut berkongsi sebuah video  menyaksikan dia sibuk mengemas barang di dalam biliknya yang dinaiki air sehingga paras buku lali sebelum berpindah ke sebuah lokasi penempatan lain.

View this post on Instagram

A post shared by AFIEQ SHAZWAN (@afieq.shzwn)

Paras Air Hingga Dada Di Kawasan Keluarga Shila Amzah 

Buat penyanyi popular, Shila Amzah turut berkongsi berita mengenai kediaman keluarganya di Hulu Langat yang dinaiki air.

https://www.instagram.com/p/CXo9hH6BoSC/

Meluahkan rasa syukur kerana semuanya selamat, Shila yang juga anak penyanyi veteran Datuk ND Lala turut memaklumkan paras air di kawasan sekitar tersebut berada pada paras tinggi sehingga mencecah dadanya. Di kesempatamn itu, Shila mendoakan segala urusan mereka yang terkesan akan dipermudahkan.

“Tak boleh bayangkan yang duduk atas bumbung berjam-jam sebelum bantuan sampai. Babies,mak-mak dalam pantang..orang tua Ya Allah !
Semoga semuanya dipermudahkan utk semua yang terkesan.Thank you buat semua yang tolong Kitorg semalam..

“Sha tak ingat apa dah, ambil phones , pampers, susu,bantal busuk and sepasang baju dia . Memang fikir anak je..Nasib la ada syahir tinggi boleh angkat setengah. Masa Kitorg keluar pukul 6am air kat dalam rumah sampai lutut.. Tapi rumah Kitorg agak tinggi sikit..lepas tu turun ke Jalan jadi paras dada.. Suruh my daughter pakai pelampung lengan tu.. Ya Allah” kongsi Shila 

https://www.instagram.com/p/CXr__dwvUne/

Menjengah ke ruangan komen. rata-rata pengikut serta rakan selebriti meluahkan rasa syukur apabila mengetahui keluarga penyanyi itu berada dalam keadaan selamat selain mendoakan mereka kuat menghadapi dugaan tersebut.

[VIDEO] Shila Amzah & Ubai Buat Trend TikTok, Netizen Terhibur!-"Macam Tu Je Dia Main Kepala Artis.."
Afieq ShazwanEbby yusshila amzah
https://lomp.at/xl0mm
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
Lokal

Janna Nick Dedah Pelakon Wanita Dituduh ‘Scammer’ Pernah Hubungi Minta Wang-“Tiba-Tiba Suami Dia Yang Pickup!..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil bersuara mengenai salah seorang rakan selebriti yang didakwa terlibat dengan penipuan wang (scammer). Kongsi Janna atau...

Read moreDetails
Foto - @aisharetno02 (IG)
Lokal

“Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming”- Aisha Retno

by Nurul A.
February 19, 2026

Penyanyi Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meluahkan perasaan kesal dan terkesannya apabila menerima pelbagai komen negatif susulan persembahannya di...

Read moreDetails
Foto - @morosechild (IG)
Lokal

Berang Bapa Tiri Dituduh Penagih, Puteri Balqis Cabar Cari Bukti

by Nurul A.
January 28, 2026

Pelakon Puteri Balqis Ashikin kembali menjadi tumpuan ramai selepas tampil mempertahankan bapa tirinya, Farris, yang dikaitkan dengan dakwaan bahawa lelaki...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

[VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira”

by Nurul A.
February 4, 2026

Aktres Emma Maembong menjadi perbualan ramai selepas tampil menjelaskan kontroversi tular mengenai dirinya memasuki kelab malam di Sarawak baru-baru ini....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara