Impian nak ada rumah sendiri kadang-kadang terbantut sebab satu perkara iaitu deposit. Tapi berita baik untuk rakyat Sarawak, kini ada solusi yang boleh menarik nafas lega sedikit.
Kerajaan Negeri Sarawak tampil dengan inisiatif khas dikenali sebagai Housing Deposit & Repayment Assistance Scheme (HDRAS) yang bukan saja bantu dari segi deposit, malah boleh ringankan bayaran bulanan rumah.
Apa Itu Skim HDRAS?
Secara ringkasnya, HDRAS ialah skim bantuan perumahan untuk bantu golongan B40 dan M40 memiliki rumah pertama.
Menariknya, skim ini beri dua pilihan bantuan, ikut mana yang paling sesuai dengan keadaan kewangan anda:
- Bantuan Deposit Rumah
Bantuan tunai sehingga RM10,000 untuk bayar deposit rumah - Subsidi Bayaran Bulanan
RM200 sebulan selama 48 bulan (total RM9,600)
Nak lagi jelas? Anda cuma perlu pilih SATU sahaja daripada dua bantuan ini.
Kenapa Skim Ini Jadi Perhatian?
Kalau ikut realiti sekarang, ramai anak muda dan keluarga muda menghadapi rintangan nak kumpul deposit rumah. Jadi HDRAS ni memang tepat pada masanya.
Lebih menarik, skim ini:
- Fokus kepada pembeli rumah pertama
- Boleh digunakan untuk beli atau bina rumah
- Libatkan projek rumah mampu milik seluruh Sarawak
Pendek kata, ini antara usaha kerajaan negeri untuk pastikan lebih ramai rakyat ada tempat berteduh sendiri dan bukan sekadar sewa sepanjang hayat.
Syarat Kelayakan HDRAS
Sebelum mohon, pastikan anda tick semua syarat ini dulu:
- Rakyat Sarawak (B40 & M40)
- Pembeli rumah pertama sahaja
- Membeli rumah daripada pemaju berdaftar ATAU bina rumah sendiri
- Pinjaman perumahan diluluskan (untuk subsidi bulanan)
Kalau semua okay, sudah boleh teruskan ke langkah yang seterusnya.
Cara Mohon HDRAS 2026
Nak mohon pun taklah complicated mana. Antara langkah utama:
- Isi borang permohonan lengkap
- Sediakan dokumen seperti:
- Salinan IC
- Bukti pendapatan
- Surat tawaran rumah / pinjaman
- Hantar permohonan melalui Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd
Semua permohonan akan disemak sebelum diluluskan, jadi pastikan dokumen lengkap.
@elizabethliyong Memandangkan banyak betul public kol harinie tanya tentang APPLICATION TO BE RECOGNISED AS SARAWAK NATIVES 😅 Hi, si expert sini hadir😂 Permohonan melalui Pejabat Daerah tiada lagi ya, sepenuhnya ONLINE! Sebarang pertanyaan, kol hotline disediakan🤗 #sarawak #natives #bumiputera #permohonan #info
Projek Rumah Yang Layak
Antara projek yang terlibat termasuk:
- Kuching
- Samarahan
- Miri
- Bintulu
- Sibu
Harga pula serendah sekitar RM50,000 hingga RM295,000, memang mampu milik.
Kalau sebelum ini alasan “tak cukup duit deposit” selalu jadi penghalang, mungkin ini masa terbaik untuk ubah status dari penyewa ke pemilik rumah.
Dengan bantuan sampai RM10K atau subsidi bulanan, HDRAS ni boleh menjadi stepping stone untuk mulakan kehidupan lebih stabil.
Tapi jangan tunggu lama sangat, peluang macam ni biasanya cepat penuh bila ramai dah mula sedar akan “benefit” ini.








