Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Rumah Mampu Milik 2026, Ketahui Tiga Inisiatif Kerajaan Untuk Bantu Pembeli Rumah Pertama

by Ayu Kamaruddin
January 28, 2026
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Kerajaan terus mempergiat usaha mengawal harga rumah menerusi tiga inisiatif strategik bagi memastikan rakyat, khususnya pembeli rumah pertama, masih mampu memiliki kediaman sendiri.

Kerajaan tetapkan siling RM300,000, pemetaan harga kawal kenaikan harga rumah - Sinar Harian
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu

Menurut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu, antara langkah utama dilaksanakan ialah penetapan harga siling rumah mampu milik pada RM300,000 di bawah Dasar Perumahan Mampu Milik Negara.

Harga Rumah Ikut Pendapatan Setempat

Bagi memastikan harga yang ditetapkan lebih realistik, kementerian turut melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah, berpandukan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2024.

“(Kerajaan) melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah hasil daripada Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah pada 2024.

“Pemetaan ini menjadi rujukan bagi penetapan harga rumah di satu-satu lokaliti dan boleh diakses di papan pemuka maklumat rumah mampu milik di laman web Malaysian Urban Observatory (MUO),” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

View this post on Instagram

Pemantauan Projek Perumahan Lebih Ketat

Dalam pada itu, pemantauan pemajuan perumahan diperkukuh menerusi pelaksanaan Sistem Pengurusan Perumahan Bersepadu (HIMS) yang memproses permohonan lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan secara dalam talian.

Sistem ini berfungsi sebagai mekanisme utama pengumpulan data perumahan bagi tujuan pemantauan, pelaporan dan intervensi awal terhadap projek yang lewat atau berisiko.

Harga Rumah Naik, Bantuan Terus Dipertingkat

Sekadar info tambahan, menurut laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Indeks Harga Rumah Malaysia bagi separuh pertama 2025 mencatatkan 227.3 mata dengan harga purata RM490,376 seunit, sekali gus menunjukkan trend peningkatan harga rumah di pasaran.

Bagi meringankan beban pembeli rumah pertama, kerajaan terus memperkukuh Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang menawarkan jaminan pembiayaan sehingga RM500,000, termasuk kemudahan pinjaman sehingga 120 peratus kepada golongan B40 dan M40, serta individu berpendapatan tidak tetap.

Bagi Murai, langkah kawalan harga dan skim sokongan ini dilihat sebagai usaha berterusan kerajaan memastikan pemilikan rumah kekal realistik, bukan sekadar angan-angan buat generasi muda.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
harga rumahPemetaan harga rumahPenetapan harga silingSkim jaminan kredit Perumahan
Share14Tweet9SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Modal Seawal 12 Hari, PUNB Sedia Dana RM80 Juta Untuk PKS Bumiputera

by Phic ARMAN
July 30, 2026

Kalau ada satu perkara yang sering menjadi cabaran usahawan, mestilah soal modal. Faham perkara itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  2. 2

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara