Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Rumah Terlalu Panas? 5 Tips Ini Anda Boleh Amalkan Untuk Kediaman Kekal Sejuk

by Aphit J.
May 28, 2022
Share on Facebook

Tahukah anda, menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca panas yang dialami sekarang dijangka berlarutan sehingga pertengahan September berikutan monsun Barat Daya yang mengakibatkan iklim panas dan kering.

Berikut merupakan 5 tips yang boleh diamalkan untuk kekal sejuk di kediaman anda.

Gantikan Mentol Pijar Ke Mentol Led

via Sumber Ilmiah

Berbeza dengan mentol pijar tradisional, mentol LED menggunakan lebih sedikit tenaga dan menjana lebih sedikit haba serta lebih cekap tenaga.

Oleh itu, jika anda cuba menyejukkan bilik anda, peralihan kecil seperti pertukaran kepada mentol LED dapat membantu dan ia juga akan mengurangkan bil elektrik anda!

Pasang Bidai Atau Langsir

via Sales Opt

Bidai dan langsir gelap adalah salah satu cara paling berkesan untuk menghalang cahaya matahari langsung daripada memanaskan ruang.

Sebelum anda meninggalkan rumah, jangan lupa untuk menutup langsir sebelum melangkah keluar supaya anda boleh kembali ke rumah yang lebih sejuk.

Lekatkan Filem Gelap Pada Tingkap

via Windows Filem UK

Pemasangan filem gelap pada tingkap di rumah anda boleh mengurangkan haba daripada cahaya matahari sambil mengekalkan cahaya semula jadi.

Secara amnya, filem gelap memantulkan haba untuk mengelakkan peningkatan suhu bilik.

Mencipta Sistem Penyejukan Semula Jadi

via Circumnasional

Pemasangan hiasan air di dalam rumah seperti kolam ikan dan air pancut membantu untuk penyejukan semula jadi serta mewujudkan suasana yang menenangkan.

Di samping itu, air menambah kelembapan pada ruang kediaman, meningkatkan kualiti udara sambil menyejukkan udara di sekitar kawasan di mana hiasan air diletakkan.

Lap Kipas Siling Anda Dengan Kerap

via Martex

Habuk pada kipas bukan sahaja kotor malah ia juga memperlahankan kelajuan kipas kerana lebih banyak tenaga diperlukan untuk berpusing.

Bersihkanlah kipas siling anda dengan kerap dan anda pasti akan merasai perbezaannya

Tips Sejukkan Rumah
https://lomp.at/x1z48
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore