• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Rutin Kecantikan Kamu Jadi Mudah Bila Ada Sunscreen Stick, 5 Jenama Miss Murai Suka

by Lisa Ghani
April 4, 2023
Foto - Elle

Foto - Elle

Share on Facebook

Krim pelindung matahari memang wajib dipakai. Ia membantu mengurangkan kerosakan kulit seperti pigmentasi, kedutan halus dan kemerahan.

Jika sebelum ini dibuat dalam bentuk krim dan cecair, kini timbul pula sunscreen stick. Sunscreen jenis stick mula memonopoli jualan kerana ia lebih praktikal, mudah digunakan dan paling penting sangat sesuai bila on-the-go.

Paling Miss Murai suka dengan sunscreen stick adalah ia buat kita rajin untuk sentiasa re-apply sunscreen pada kulit. Hanya buka dan sapu begitu saja. Tangan tak melekit dan jimat masa. Malah, kita sentiasa beringat untuk menjaga kesihatan kulit setiap kali terdedah pada sinaran matahari.

Ada banyak pilihan di pasaran, tapi berikut jenama yang Miss Murai suka dan mengakui keberkesanannya.

Wardah UV Shield Stick

Serba boleh! Kamu boleh gunakan sebagai serum, primer dan sunscreen. Ia dirumus dengan 0% alkohol dan perlindungan spektrum luas untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA/UVB yang berbahaya dan cahaya biru yang berlebihan.

Foto – Wardah

Ditambah dengan serum Vitamin E untuk melembap dan melindungi kulit daripada pencemaran dan radikal bebas, digandingkan dengan Sebum Absorber yang mengawal pengeluaran minyak untuk memberikan kesan matte yang cantik pada kulit.

Beauty of Joseon Matte Sun Stick

Sunscreen ini tampil dengan formula matte yang tidak melekit atau berminyak walaupun digunakan semula beberapa kali pada solekan. Serbuk silika kawalan sebum mengawal sebum pada kulit, memberikan rasa licin dan lembut bila disapu.

Foto – Beauty of Joseon

Ia juga mengandungi artemisia capillaris dan ekstrak teh hijau, ia membantu mencipta kulit licin sambil mengekalkan kelembapan.

SHISEIDO Clear Sunscreen Stick SPF50+

Sunscreen ini memberikan perlindungan UV yang kuat pada kulit sambil melindungi daripada pencemaran alam sekitar. Justeru itu menghalang kerosakan kulit yang membawa kepada kekasaran, kekusaman dan kehilangan daya tahan.

Foto – Shiseido

Ia juga diperkaya dengan Botanical Profense CL, kompleks bahan botani yang membantu mencegah kerosakan yang dikaitkan dengan pembentukan kedutan dan bintik-bintik gelap.

KAHI Seoul Wrinkle Bounce Multi Balm

Foto – Kahi Seoul

Produk tular yang menjadi pilihan kebanyakan selebriti. Sunscreen ini dibuat dengan kolagen salmon dan minyak yang ditapai dari Jeju serta pelbagai ekstrak tumbuhan dan antioksidan. Ia menjanjikan untuk mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di   wajah, leher dan mana-mana tempat lain yang kamu risaukan.

AHC Natural Perfection Fresh Sun Stick

Foto – AHC

Disukai kerana tidak melekit, dan meninggalkan kemasan lembut yang ringan pada muka dan badan kamu. Sunscreen stick ini dibuat dengan bahan-bahan asal semula jadi yang diformulasikan lembut pada kulit. Kulit kamu akan dilindungi daripada sinaran UV walaupun di dalam air dan diselaputi peluh, pelindung matahari yang ideal untuk aktiviti air.

Selamat beramal!

krim pelindung mataharisunscreen stick
https://lomp.at/7l65x
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Kecantikan

AEON Kini Ada Jenama ‘Makeup’ Sendiri, NALAE! 

by Phic ARMAN
December 6, 2025

Kalau kalian sering ke AEON, ini berita baik! Baru- baru ini MURAI tiba-tiba mata terpaku, “Eh, AEON ada makeup sendiri...

Read more
Foto - Elle
Kecantikan

Rutin Kecantikan Kamu Jadi Mudah Bila Ada Sunscreen Stick, 5 Jenama Miss Murai Suka

Read more
by Lisa Ghani
April 4, 2023
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  2. 2

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  3. 3

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  4. 4

    3 Anak Selebriti Popular Terbang Ke Oxford, Apa Sebenarnya Mereka Belajar & Berapa Kosnya?

  5. 5

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore