Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Rutin PM Guna 4 Produk Dari Cosrx, Kulit Serius Bersih Berseri-Seri

by Lisa Ghani
December 16, 2022
Foto - Cosrx

Foto - Cosrx

Share on Facebook

Kalau nak kulit kamu kelihatan bersih dan cantik berseri, jangan sesekali tinggalkan rutin sebelum tidur. Tanggal solekan, pakai pembersih, toner, serum, essence, pelembap, sleeping mask?

Tapi berapa ramai saja yang mampu melakukan sekurang-kurangnya 8 rutin untuk penjagaan kulit? Aktres tersohor Korea Selatan, Son Ye Jin juga beranggapan rutin yang banyak ini sangat mustahil dan merepek, dan lebih suka rutin penjagaan kulit yang tidak merumitkan.

“Saya rasa ia bergantung kepada jenis kulit seseorang… tetapi dalam kes saya, saya lebih suka sesuatu yang mudah, hanya dua hingga tiga langkah cukup,” jelasnya.

Hal ini kerana tidak semua orang sesuai dengan langkah yang banyak, ada orang sekadar pembersih, toner dan pelembap sahaja mampu mendapatkan kulit flawless. Semuanya bergantung pada kesesuaian kulit kamu juga.

Nak rutin yang mudah tapi betul-betul berkesan, Miss Murai percaya Cosrx boleh membantu.

Low pH Good Morning Gel Cleanser

Lakukan teknik double cleansing untuk kulit betul-betul bersih. Sesudah menanggalkan solekan, bersihkan muka dengan Low pH Good Morning Gel Cleanser. Pembersih ini mempunyai kandungan pH yang rendah, dan sesuai untuk semua jenis kulit, lebih-lebih lagi yang kulit sensitif berjerawat.

Foto – Cosrx

Diformulasi daripada tea tree leaf oil adalah antiseptik yang hebat dan boleh melegakan serta merawat jerawat, betaine salicylate pula pengelupasan kimia semula jadi yang mengekalkan pori-pori, bebas daripada sel-sel kulit mati yang bersembunyi di dalam dinding liang pori.

AHA/BHA Clarifying Treatment Toner

Toner ini berfungsi untuk meminimumkan kawasan yang tidak rata dan membawa keseimbangan pada kulit kamu.

Foto – Cosrx

Dirumus dengan AHA, BHA dan bahan-bahan botani, toner ini berfungsi untuk menenangkan, menyegarkan dan melembutkan kulit, bahkan dapat mengurangkan jerawat dan minyak.

Advanced Snail 96 Mucin Power Essence

Langkah seterusnya menggunakan essence snail mucin yang memang holy grail.

Foto – Cosrx

Gabungan asid hyaluronik, lendir siput, dan panthenol terkenal dengan sifat penghidratan dan reparatifnya bekerja dengan baik pada kulit. Dengan penggunaan harian yang konsisten, kamu akan melihat perbezaan ketara pada kulit.

Advanced Snail 92 All in one Cream

Sangat disukai ramai kerana kebaikan pada kulit. Krim pelembap ini boleh dipakai AM dan PM.

Foto – Cosrx

Mampu melembapkan secara mendalam tanpa berminyak atau melekit. Membantu membaiki dan melegakan kulit yang merengsa. Memulihkan dan menjana semula kulit untuk keserian yang lebih baik. Membekalkan kolagen untuk keanjalan kulit yang lebih baik dan faedah anti-penuaan yang lain.

Kalau nak tahu lebih lanjut, kena beli produk Cosrx di Watsons atau secara online.

cosrxk-beauty
https://lomp.at/97tse
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara