Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Safee Sali Bangga Dengan Ahmad’s- “Ia Bukan Sekadar Jenama Makanan”

by Phic ARMAN
October 31, 2025
Share on Facebook

Kalau sebut nama Safee Sali, ramai yang akan teringat detik-detik emas bola sepak Malaysia dulu, gol kemenangan, sorakan penuh semangat, dan gaya permainan yang cukup berani. Tapi kali ini, legenda bola sepak negara itu muncul bukan di padang, tapi di pentas keusahawanan pula!

Baru-baru ini, Safee hadir sebagai tetamu istimewa untuk merasmikan cawangan ke-45 Ahmad’s Fried Chicken yang terletak di Seksyen 19, Shah Alam. Menariknya, kehadiran Safee kali ini bukan sekadar sebagai perasmi, tapi juga sebagai simbol semangat juang dan disiplin. Dua perkara yang memang menjadi pegangan beliau sejak dari zaman kegemilangan di padang.

“Saya lihat Ahmad’s bukan sekadar jenama makanan. Ia satu inspirasi untuk anak muda supaya berani melangkah dan cipta kejayaan sendiri. Dengan semangat dan usaha, apa pun boleh dicapai,” kata Safee dengan penuh semangat dalam ucapannya.

Menurut Pengasas Ahmad’s, Encik Taufik Khairuddin, pemilihan Safee bukanlah kebetulan. Beliau percaya semangat yang dimiliki oleh bekas penyerang kebangsaan itu mencerminkan nilai Ahmad’s sendiri, berjuang untuk membawa cita rasa tempatan ke tahap antarabangsa.

“Safee Sali mewakili semangat kerja keras dan pantang menyerah. Itulah juga semangat yang kami bawa di Ahmad’s,” jelasnya.

Majlis perasmian turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung seperti Pertandingan Mewarna khas untuk kanak-kanak, Roda Hadiah, dan Cabutan Bertuah yang buat ramai tersenyum riang. Suasananya bukan sekadar gilang-gemilang, tapi terasa mesra dan penuh nilai kekeluargaan, seolah-olah Ahmad’s memang sebahagian daripada komuniti itu sendiri.

Untuk info, Ahmad’s Fried Chicken kini mempunyai lebih 40 cawangan di seluruh Malaysia dan terus berkembang pesat dengan misi membawa rasa asli Malaysia ke hati setiap pelanggan. Dan dengan semangat juang seperti yang ditunjukkan oleh Safee Sali, nampaknya perjalanan Ahmad’s masih panjang dan penuh potensi!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
safee sali
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara