Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Sah! Seo Ye Ji Undur Diri Dari Drama “Island”

Seo Ye Ji dilaporkan tidak akan mengambil bahagian dalam drama OCN yang akan datang, Island.

by Naddy Joe
May 5, 2021
Share on Facebook

Bintang utama It’s Okay Not To Be Okay, Seo Ye Ji pernah membatalkan sidang media untuk filem terbarunya Recalled yang dirilis pada bulan lepas akibat kontroversi yang melanda dirinya. Dan baru-baru ini, Seo Ye Ji dilaporkan tidak akan mengambil bahagian dalam drama OCN yang akan datang, Island.

Disahkan Oleh Agensi Seo Ye Ji

Menurut NAVER, agensi Seo Ye Ji, GOLDMEDALIST , telah mengesahkan bahawa Seo Ye Ji tidak akan membintang drama OCN yang akan datang berjudul Island.

“Keputusan muktamad telah dibuat untuk Seo Ye Ji untuk tidak membintangi drama Island.”- Agensi Seo Ye Ji

Dihimpit Pelbagai Kontroversi

Walaubagaimanapun, Seo Ye Ji memilih untuk tidak membintangi drama ini bukanlah perkara yang mengejutkan. Sejak dihimpit kontroversi, banyak jenama hebat membatalkan perjanjian yang sedang berlangsung dan akan datang dengan aktres itu.

Kontroversi yang berlaku turut membuatkan peminat berbelah bahagi ketika Seo Ye Ji terkenal dengan watak dingin Ko Moon Young dalam drama Its’s Okay Not To Be Okay, yang menyebabkan ramai yang percaya bahawa dia sebenarnya seperti watak itu.

Seo Ye Ji menjadi sasaran netizen yang mengaku bersamanya di sekolah dan mendakwa bahawa Seo Ye Ji membulinya di dalam kelas. Dia kemudian dihimpit dengan pelbagai kontroversi lain mengenai latar belakang pendidikan palsu, menganiaya kakitangan, dan kontroversi terbesar adalah memanipulasi bekas kekasihnya, Kim Jung Hyun sewaktu penggambaran drama Time. Teks mesej peribadi pelakon berkenaan turut dibongkar oleh Dispatch.

islandSeo Ye Ji
https://lomp.at/9u804
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Pilu Kereta Mewah Alami Kerosakan-“Sebab Dah Lama Tak Bawa Dan..”

by Naddy Joe
January 16, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berdepan dengan ujian apabila salah sebuah kereta mewahnya yang baru dibeli kurang dari...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore