Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Saharul, Achey & Zoey Kongsi Sebab Tertarik Dengan Palut’s

by Phic ARMAN
January 11, 2021
Share on Facebook

Selain aktif dalam dunia seni, nampaknya semakin ramai selebriti tempatan sudahpun berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Ternyata kebanyakkan mereka akui, ruang dalam bidang seni ada pasang dan surutnya.

Terbaru, selebriti tempatan, Zoey Rahman, Achey dan Saharul Rizuan kini berkolabrasi dengan Palut’s Food Sdn Bhd yang menghasilkan makanan ringan kegemaran rakyat Malaysia.

Apa yang menarik, dengan tagline Terliuqq Agitchuu! dan misi mengenyangkan perut, mereka bertiga digelar Palut’s Superhero kerana mempunyai produk yang dinspirasi dari mereka sendiri.

Zoey Rahman- Banana Sangrai Cripsy

Banana Sangrai Cripsy diinspirasi oleh Zoey Rahman, iaitu makanan ringan yang diperbuat daripada pisang sebenar yang di-sangai daripada Indonesia.

Menurut Zoey, dia menerima lamaran untuk berkolabrasi dengan Palut’s kerana dia mahu menyokong perniagaan orang melayu yang berkualiti. Bermula dari membuat review produk mereka, Zoey menawarkan diri untuk join venture kerana dia kagum Palut’s boleh mencapai keuntungan yang tinggi dalam masa setahun.

Saharul Ridzwan-  Banana Salai Cripsy, Chocolate & Dip

Manakala Saharul Ridzwan, muncul dengan Banana Salai Cripsy, Chocolate & Dip. Pisang salai ini diperbuat dari pisang sebenar yang dihidangkan bersama sos coklat bersusu.

Bagi Saharul, keputusan untuk berkolabrasi bersama Palut’s adalah langkah permulaannya untuk dia menceburi bidang perniagaan. Berazam untuk menjadi seorang usahawan pada masa akan datang, Saharul percaya dari kolabrasi ini dia dapat banyak menimba banyak ilmu untuk lebih bersedia menceburi dunia perniagaan.

Achey- Nangka Sangrai Crispy

Selain makanan berasaskan pisang, pelawak, Achey pula tampil dengan makanan ringan Nangka Sangrai Crispy. Ia diperbuat daripada nangka madu sebenar yang di sangai dari Indonesia.

Achey mempunyai alasan tersendiri mengapa dia berbesar hati untuk menerima lamaran dari Palut’s. Menurut Achey, syarikat ini menitiberatkan soal kejayaan di dunia dan akhirat. Achey yang juga merupakan duta produk syarikat tersebut, mendedahkan sebahagian daripada keuntungan Palut’s Food Sdn Bhd disalurkan ke rumah anak yatim dan asnaf.

Palut’s Food Sdn Bhd

Palut’s Food Sdn Bhd ditubuhkan pada Mac 2020 ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Dengan hanya menjalankan perniagaan secara online yang melibatkan jualan multi-level dari Master Stokis, Stokis, Stokis, Mini Stokis, Ejen dan Dropship. Visi mereka untuk membantu lebih ramai orang untuk berjaya dam menjadikan Palut’s Sdn Bhd sebagai jenama snek pilihan nombor 1 di Malaysia.

Menurut pengasas produk tersebut, Ridzuan Ansar, mereka telahpun berjaya mencapai keuntungan mencecah RM7.1 juta pada tahun 2020. Pada tahun 2021, Palut’s Food Sdn Bhd semakin berkembang dan Ridzuan yakin pada tahun ini keuntungan mampu mencapai sehingga RM50 Juta.

https://www.instagram.com/p/CJvDuJYHuTN/

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Palut's Food Sdn Bhd
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Secret Recipe Hari Merdeka
Selera

Rai Hari Merdeka Ke-69 Dengan Promosi Menarik Dari Secret Recipe!

by Nurul A.
August 22, 2026

Semasa Malaysia bersiap sedia untuk meraikan Kemerdekaan, Secret Recipe memberi rakyat Malaysia satu lagi sebab untuk berkumpul, berkongsi dan meraikannya...

Read moreDetails
Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
Foto - Inside Scoop
LifeXplore

Inside Scoope Himpun 9 Jenama Ikonik Tempatan Menerusi Edisi “Lokal Legends”

by Nurul A.
August 14, 2026

Bersempena dengan sambutan bulan kebangsaan, Inside Scoop kembali dengan Lokal Legends 2026, kempen tahunan yang meraikan jenama tempatan yang telah...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara