Wednesday, October 15, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-90 TLDM Dibatalkan, Diganti Majlis Tahlil Serta Doa Buat 10 Wajah Wira Negara Ini

by Puteri Alia
April 23, 2024
35
KONGSIAN
Share on Facebook

Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-90, yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu ini, digantikan dengan majlis tahlil dan doa selamat selepas tragedi yang mengejutkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengumumkan pembatalan tersebut selepas mendapat perkenan dari Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah, yang juga Kapten Kehormat TLDM.

Pembatalan ini berlaku selepas dua helikopter TLDM bertembung semasa raptai lintas hormat sempena sambutan ulang tahun tersebut di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Tragedi tersebut mengorbankan sepuluh mangsa, termasuk tujuh kru dan tiga penumpang dari dua helikopter yang berlepas dari Padang Sitiawan, Perak.

Menurut laporan media, kedua-dua helikopter dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat.

Akibat pertembungan itu, kedua-dua pesawat kehilangan kawalan dan terhempas, dengan satu mendarat di tangga Stadium TLDM Lumut dan satu lagi di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

TLDM mengesahkan 10 orang itu terdiri daripada masing-masing tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan tiga kru Fennec.

Mereka yang terkorban adalah seperti berikut:

Pesawat Agusta WestlandHOM (M503 3) 4 orang kru dan 3 penumpang:

1. Komander Muhammad Firdaus Ramli – Pegawai Memerintah Skuadron 503.

2. Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

3. Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

4. Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun.

5. Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy

6. Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar

7. Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna

Pesawat Fennec (M502 6) 3 orang kru:

1. Komander Muhamad Amir Mohamad – Pegawai Memerintah Skuadron 502.

2. Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan

3. Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

TLDM berkata, pengurusan jenazah semua mangsa yang terkorban akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi pasukan itu.

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam sidang medianya memberitahu semua mangsa yang terbabit dalam nahas itu berusia 40 tahun ke bawah.

helikopter TLDM bertembunghelikopter TLDM terhempasTentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
https://lomp.at/0f1gv
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @modelistaempire (TikTok) / @qadejah_terlajaklaris (IG)
Viral

[VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

by Nurul A.
August 7, 2025

Tak dinafikan jika ada video Dato' Sri Aliff Syukri dan anak-anaknya, terutamanya Qadejah El Zahra dan Ammar Ahyan lalu di...

Read more
Viral

[VIDEO] Siti Nurhaliza Geli Hati Bila Peminat Samakan Headpiece Dengan ‘Blender’ Di Konsert Mega 2001

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila mengimbau kembali momen dari Konsert Mega...

Read more
by Phic ARMAN
July 25, 2025
Foto - Oh Puyu (FB)
Viral

[VIDEO] Ammar Ahyan Bantu Qadejah Tercekik Mangga- “Macam Beduk Nak Azan”

Jujur Murai cakap, tak kering gusi apabila melihat ragam anak-anak Dato' Sri Aliff Syukri dan Datin Shahida. Ada sahaja keletah...

Read more
by Nurul A.
August 8, 2025
Viral

Sultan Nazrin Di Usia Muda Undang Perhatian,- “Baginda Punya Hensem Another Level…”

Baru-baru ini, sebuah foto lama Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika usia muda...

Read more
by Phic ARMAN
September 10, 2025
Foto - @ozzyosbourne (IG)
Viral

Hidapi Pelbagai Masalah Kesihatan, “Prince of Darkness” Ozzy Osbourne Meninggal Dunia

Peminat di seluruh dunia telah berdukacita dengan berita pemergiaan ikon heavy metal iaitu Ozzy Osbourne. Penyanyi utama kumpulan lagenda Black...

Read more
by Soph Azz
July 29, 2025
Foto - Kesultanan Pahang (FB) / Piala Sultan Pahang
Viral

[VIDEO] Aksi Sultan Pahang Main Takraw Curi Perhatian- “Tabik Spring Lah Tuanku”

MURAI percaya ramai yang sedia maklum bahawa Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...

Read more
by Nurul A.
August 19, 2025
Foto - MelakaFirst (FB) / @rara_yusoff (TikTok)
Viral

[VIDEO] Serangan Tikaman Rawak Di Kajang, Polis Tahan Wanita Bukan Warganegara

Tiada siapa sangka, suasana yang tenang di pusat beli-belah secara tiba-tiba bertukar menjadi kecoh apabila berlakunya serangan tikaman rawak terhadap...

Read more
by Nurul A.
August 14, 2025
Viral

[VIDEO] Seluar Dalam Ahmad Sahroni Antara Dikebas & Dijulang Saat Rumah Diserbu

Rumah “Crazy Rich Tanjung Priok”, Ahmad Sahroni, jadi kecoh besar bila ribuan orang serbu pada Sabtu lepas (30 Ogos). Kejadian...

Read more
by Phic ARMAN
September 1, 2025
Screenshot
Dunia

Haroqs Titip Ucapan Buat Rakyat Malaysia Selepas Dibebaskan Penjara ‘Israhell’

Salah seorang daripada peserta termuda yang menyertai Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla iaitu Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai...

Read more
by Naddy Joe
October 7, 2025
Viral

Identiti 5 Remaja Buli Zara Qairina Dilarang Didedahkan, Boleh Dipenjara Jika Langgar Undang-Undang?

Identiti lima remaja yang bakal berdepan dakwaan berkaitan kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, tidak boleh didedahkan...

Read more
by Puteri Alia
August 19, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: “Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!”

  2. 2

    “Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

  3. 3

    [VIDEO] Fatima Dah Tak Sabar Nak Menari, Gelagat Comelnya Buat Ramai Cair!

  4. 4

    “Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

  5. 5

    [VIDEO] Ammar Ahyan & Keluarga Naik LRT Buatkan Netizen Teruja!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem