Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Sangat Mudah! Anda Pasti Teruja Dengan 5 ‘Feature’ Baru Dalam WhatsApp Ini

by Naddy Joe
November 24, 2020
Share on Facebook

WhatsApp kini menghasilkan pelbagai feature baru yang mempunyai pelbagai fungsi menarik untuk pengguna. Berikut adalah 5 feature baru dalam WhatsApp yang akan memudahkan pengguna menggunakan WhatsApp. Stay tune guys!

Always Mute

via Tech Prolonged

Anda sudah tentu kadangkala merasa rimas dengan notifikasi dari orang lain dan chat group yang sibuk bukan? Always Mute boleh menjadi penyelesaian kepada masalah anda. Ciri WhatsApp yang baru ini mempunyai fungsi untuk mute perbualan dalam group atau perbualan private selama-lamanya.

Sebelum kehadiran ciri Always Mute, pengguna WhatsApp hanya dapat mematikan notifikasi dalam WhatsApp groups maksimum hanya setahun. Ciri Always Mute ini menggantikan durasi mute selama setahun. Sementara itu, mute options yang lain masih sama, iaitu lapan jam dan seminggu.

Advanced Search

via Smartphone Apps

Berbeza dengan ciri Search yang biasa, Advanced Search kini dapat mencari mesej di WhatsApp mengikut jenis spesifikasi yang disediakan. Ciri yang sofistikated ini bertujuan untuk memudahkan pengguna ketika mereka ingin mencari fail dalam bentuk foto, video, audio, dokumen, links, atau stiker GIF.

Storage Management

Storage Usage dalam WhatsApp yang sebelum ini hanya menyusun semua chat yang tersedia dengan jumlah ruang yang digunakan, menyenaraikan jumlah mesej, foto, GIF, dan video dalam setiap chat, dan membiarkan pengguna memadam setiap kategori hanya dengan beberapa taps.

Sebagai perbandingan, ciri WhatsApp yang baru ini menyediakan kandungan thumbnails untuk dipadam, dan mengumpulkan data ini dalam kategori termasuklah Forwarded many times dan Larger than 5MB. Hal ini akan memudahkan pengguna untuk mengenal pasti content yang mereka tidak perlukan atau mahukan lagi, dan ianya dapat dipadam dengan mudah.

YouTube video

Disappearing Messages

via The Verge

Disappearing Messages adalah ciri WhatsApp yang dapat digunakan untuk memadam mesej lama dengan sendirinya selepas tujuh hari, bermula dari apabila mesej itu dihantar. Walaubagaimanapun, tetapan ini tidak akan memberi kesan kepada mesej lepas yang dihantar atau diterima dalam chat.

YouTube video

Search The Web

via TechCrunch

Ciri Search The Web ini dapat membenarkan pengguna untuk periksa mesej yang telah forwarded berkali-kali, melalui carian seperti Google. Ciri ini dilancarkan untuk membantu memerangi penyebaran maklumat maklumat palsu di dalam platform yang popular ini. Ciri ini akan muncul dalam mesej yang forwarded berkali-kali atau mesej yang ditanda dengan forwarded dengan dua anak panah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara