Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sanggup Berguru Dengan Gerry Grennell, Sarimah Ibrahim Miliki Kemahiran Karate Dan Sedia Tembusi Filem Aksi Hollywood

by Puteri Alia
September 27, 2023
Share on Facebook

Enggan sekadar duduk dan menunggu tawaran, pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim mengambil inisiatif menyertai kelas lakonan bertaraf antarabangsa oleh Gerry Grennell.

Menurut Sarimah, 45, kelas tersebut dilakukan dua minggu sekali dan berlangsung secara dalam talian memandangkan Gerry Grennell kini berpangkalan di Ireland.

Sarimah mengambil keputusan tersebut kerana mempercayai kredibiliti Gerry yang memiliki rekod cemerlang melatih pemenang anugerah Oscar, Natalie Portman dan mendiang Heath Ledger yang terkenal dengan watak Joker.

“Ini inisiatif yang saya ambil sendiri untuk belajar lebih mendalam tentang kaedah lakonan.

“Target saya ialah untuk mendapat ejen di luar negara dan berharap ada yang memberikan tawaran dari sana (Hollywood). Siapa tahu saya boleh menjadi seperti Tan Sri Michelle Yeoh.

“Respons yang diberikan Gerry terhadap lakonan saya setakat ini sangat baik. Semestinya saya risau dengan prestasi saya, tapi dia memberi maklum balas yang positif dan menjelaskan di mana kemampuan saya,” katanya.

Ditanya berapa wang yang dikeluarkan untuk kelas bersama guru para pelakon Hollywood itu, Sarimah tersenyum.

“Untuk kelas ini, saya keluarkan bajet sendiri dan langsung tidak minta suami.

“Ini duit yang saya dapat daripada hasil kerja selama ini. Saya boleh katakan harganya mahal kerana dibayar dengan mata wang euro untuk setiap kelas,” jelasnya.

Sarimah turut mendedahkan ada menerima tawaran untuk menyertai ujibakat sebuah naskhah aksi sebuah filem luar negara.

“Baru-baru ini ada pengarah pilih watak (casting director) minta saya hantar video untuk satu filem aksi. Bengkak-bengkak badan saya sebab buat latihan. Saya nak fokus genre dramatik dan aksi.

“Saya mahir dalam karate. Kalau ada tawaran yang sesuai saya mahu berlakon, lagipula anak saya pun sudah besar sekarang.

“Selepas ini saya mahu kembali ke dunia lakon layar dengan memperbanyak program televisyen dan filem,” tambahnya.

“Anak Raja Pun Panjat Pokok” – Sarimah Ibrahim Pilih Didik Tunku Sofia Secara Sederhana, Tolak Kemewahan dan Status
sarimah ibrahim
https://lomp.at/nlrb0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Foto - @syed.ishak.731 (FB)
Lokal

“Yang Perlu Dibersihkan Adalah Orang Bawa Nama Syed”- PU Syed

by Nurul A.
January 27, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed atau nama penuhnya, Syed Mohd Bakri, dengan tegasnya tampil menjelaskan bahawa individu yang memiliki gelaran "Syed"...

Read moreDetails
Lokal

Anak Along Eyzendy Kongsi Janji Terakhir Arwah-“Tapi Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Anak lelaki kepada pelakon, Allahyarham Along Eyzendy iaitu Eyman mencetuskan rasa sebak netizen selepas membuat perkongsian mengenai arwah bapanya yang...

Read moreDetails
Lokal

Mimie Haris Umum Telah Bercerai-“Untuk Elak Fitnah & Salah Faham…”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Penyanyi dan pengacara, Mimie Haris memberi makluman mengenai dirinya yang telah berpisah dengan ahli perniagaan, Khairril Anuar Md. Dahilin setelah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore