Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

‘Saya Menjadi ‘Depp’ Kerana Lelaki Terindah Ini’- Nourul Depp Nak Bersanding Lagi?

Nourul bakal adakan majlis resepsi rai ulang tahun perkahwinan bersama suami tercinta

by Puteri Alia
June 15, 2022
via Instagram Nourul Depp

via Instagram Nourul Depp

Share on Facebook

Kebahagian di wajah penyanyi berkulit hitam manis, Nourul Depp jelas terpancar dan pejam celik usia perkahwinan pelatun lagu popular Tika Cinta bersama suami tercinta, Eric Depp kekal utuh.

10 Tahun Bersama Suami Tercinta

Ibu kepada empat cahaya mata ini memuatnaik video gambar perkahwinannya bersama suami di Instagram, Nourul dengan rasa gembiranya menitipkan ucapan bagi meraikan 10 tahun usia perkahwinannya bersama Eric.

“Semalam 14 Jun – 10 tahun lalu merupakan majlis perkahwinan kami di Bali dan saya menjadi “Depp” kerana lelaki terindah ini @yestowellness Eric Depp.” Tulisnya

Dalam pada itu, Nourul juga mendedahkan sebab mengapa dia menggunakan nama Depp dibelakang namanya menerusi coretan yang ditulisnya.

“Jika anda tertanya kenapa saya gunakan Depp di belakang nama saya (terutama di Malaysia), ia adalah nama keluarga kami. Bukan sebab Johnny Depp menang kes terhadap Amber Heard – Ya, saya peminat dan juga menyokong dia.” Jelasnya

via Instagram Nourul Depp

Bakal Bersanding Buat Kali Kedua?

Pelatun lagu Jadikan Aku Bintang ini juga mendedahkan, bakal mengadakan majlis resepsi bagi meraikan ulang tahun perkahwinan pada bulan Julai akan datang ini.

Nourul juga mengatakan majlis tersebut diadakan di tempat yang sama mereka melangsungkan majlis perkahwinan, dan hanya akan menjemput kenalan rapat sahaja.

“Ia merupakan resepsi yan cantik dan diadakan di @tirthabali, ya saya tetap mencadangkan anda untuk lakukan majlis anda di sini. Tempat yang cantik di Uluwatu.

10 tahun berlalu. Saya kata kepada Cik Jummi di @tirthabali yang saya akan kembali untuk melakukan lagi sekali resepsi selepas 10 tahun – Pada malam kami berjanji di sana.

Dan sekarang. 10 tahun kini! Masa berlalu! Ya, kami akan lakukan sekali lagi resepsi bersama kawan rapat kami sahaja di @tirthabali pada bulan Julai” Dedahnya

Rakan Artis Dan Peminat Titip Ucapan

Melihat hantaran tersebut, ramai kenalan rapat, rakan artis dan juga peminat menitip ucapan diruangan komen muatnaik penyanyi tersebut.

“Gembira untuk kamu. Moga bahagia yang panjang hingga ke syurga. Amin” – @ellaaminuddins

“(emoji hati) awak kakak… Sampai syurga” – @haizahanafi

“Best nya… Bali panggil kami ka tu???” – melia_80dinz

via Instagram Nourul Depp

“Selamat hari ulang tahun Nurul dan Eric Depp”

“Selamat ulang tahun”

“Tahniah dan selamat ulang tahun. Sangat gembira untuk kamu berdua” komen peminat

Sekadar info, Nourul dan Eric mendirikan rumahtangga pada 14 Jun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Zachary Depp berusia 8 tahun, Raphael Depp berusia 6 tahun dan Isabella Depp berusia 3 tahun.

Nourul Depp Syukur Rumah Selamat, Tapi 13 Terkorban Dalam Banjir Kilat Bali

Sebelum itu menerusi perkahwinan Nourul terdahulu bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah berusia 23 tahun.

Tahniah Nourul dan Eric, selamat ulang tahun perkahwinan ke-10 tahun!

eric deppNourul Depp
https://lomp.at/0qhvx
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Aniq Suhair Terima 6 Jahitan Selepas Alami Kecederaan Ketika ‘Shooting’-“Malang Memang Tak Berbau..”

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pelakon, Aniq Suhair berdepan kecederaan pada bahagian bawah lutut selepas kakinya tergelincir dan tersadung pada batu ketika menjalankan penggambaran filem,...

Read moreDetails
Spotlight

Aktor Transformers, Shia LaBeouf Naik Angin Tumbuk Lelaki Gay. Apa Puncanya?

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Kontroversi demi kontroversi. Nama Shia LaBeouf sekali lagi jadi bualan hangat, kali ini bukan di karpet merah atau set penggambaran,...

Read moreDetails
Lokal

Ibu Mentua Sharifah Shahora Meninggal Dunia

by Naddy Joe
January 8, 2026

Ibu mentua kepada pelakon dan pelawak, Sharifah Shahora iaitu YM Tengku Julia Binti Tengku Mahmud telah pergi mengadap Illahi pada...

Read moreDetails
Foto - @rizmanruzaini (IG) / @intannajuwa (IG)
Lokal

Rizman Ruzaini Vs Suami Intan Najuwa, Ini Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Hutang RM1.3 Juta

by Nurul A.
January 6, 2026

Selepas hampir tiga tahun mendiamkan diri kerana menghormati proses undang-undang, pelakon Datin Intan Najuwa akhirnya tampil bersuara mengenai kes saman...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
January 20, 2026

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang melakukan 'cover' sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore