Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Saya Tak Akan Terus Menyepi”- Aziz Harun Pertaruhkan Single Terbaru ‘Kembali’

by Zaidin Albert
December 16, 2019
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Karya demi karya dendangan penyanyi yang baru menginjak usia 21 tahun ini berjaya mencuri hati pendengar. Aziz Harun penyanyi kelahiran Brunei bukanlah suatu nama yang asing di Malaysia. Bernaung di bawah syarikat rakaman Faithful Music, Aziz mula mencipta populariti menerusi lagu ‘Senyum’ sejak tahun 2014.

Kali terakhir muncul dengan lagu ‘Jauh’ pada April tahun ini, yang berjaya tersenarai dan mencapai tangga #7 dalam Carta RIM ‘Top 10 Lagu Tempatan Yang Paling Banyak Distrim di Malaysia’. Kini penyanyi muda yang berpotensi besar ini cuba mencipta rekod baru dengan single terbaharunya, “Kembali”.

Single terbitan Faithful Music dan edaran Warner Music Malaysia ini merupakan ciptaan komposer Romeo dan Mage yang pernah terlibat dalam menghasilkan banyak lagu-lagu hits terbitan Faithful Music seperti ‘Ragaman’ nyanyian Faizal Tahir dan ‘Sebentar’ nyanyian Dayang Nurfaizah.

Setelah kejayaan balada ‘Jauh’, Aziz kembali mempertaruhkan lagu berentak rancak dalam “Kembali”.

Aziz yang kini sedang melanjutkan pelajarannya di University of East Anglia, United Kingdom menyifatkan single terbaharunya ini sebagai hadiah istimewa buat peminat yang tetap setia menyokongnya walaupun kini dia jauh beribu-ribu batu.

“Meskipun sibuk menggalas tanggungjawab sebagai pelajar, muzik adalah cinta saya. Peminat adalah sumber inspirasi saya. Walaupun saya tiada di sini untuk tempoh dua tahun, tetapi saya tidak akan berhenti berkarya dan terus menyepi.

‘Kembali’ adalah surat cinta saya buat peminat.”

Sebagaimana lagu-lagunya sebelum ini, Aziz turut berharap agar single “Kembali” mendapat tempat di hati pendengar dan memeriahkan lagi suasana industri muzik di rantau ini.

Single “Kembali” boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 13 DISEMBER 2019.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share8Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara