Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Sean Paul Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada Oktober Ini, Harga Tiket Bermula RM363!

by Naddy Joe
July 16, 2025
Share on Facebook

Bintang global dancehall, Sean Paul bakal menggegarkan Malaysia dengan deretan lagu hitnya  seperti No Lie, Got 2 Luv U, She Doesn’t Mind dalam satu konsert istimewa pada 20 Oktober ini.

Konsert yang dijangka menjadi salah satu acara muzik paling diingati tahun ini dianjurkan oleh Epic Elation dengan sokongan daripada Sound Innovations, Spike Productions, dan LFG Entertainment.

Kemunculan Semula Ke Malaysia Selepas 2018

Kehadiran bintang antarabangsa ini menandakan kemunculan semula Sean Paul ke Malaysia sejak kali terakhir beliau tampil pada 2018.

Peminat boleh menjangkakan persembahan penuh bertenaga dengan lagu-lagu hit popular serta karya terbaharu, termasuklah single terkininya, ‘Ginger’, yang kini
sedang mencipta fenomena di pelbagai platform penstriman muzik.

Epic Elation selaku penganjur menyifatkan kehadiran Sean Paul ke Malaysia bukanlah sekadar sebuah persembahan, malah ia adalah satu sambutan muzik, budaya, dan hubungan sejagat.

“Kami amat teruja untuk membawa Sean Paul kembali bertemu peminat di Malaysia pada Oktober ini. Konsert ini bukan sekadar persembahan, ia adalah satu sambutan muzik, budaya dan hubungan sejagat.

Dengan kerjasama rakan-rakan strategik, kami komited untuk mempersembahkan sebuah pengalaman hiburan secara langsung yang luar biasa,” ujar wakil Epic Elation

Tiket Mula Dijual Pada 21 Julai 2025

Tiket-tiket akan dijual secara rasmi bermula 21 Julai 2025, dan dijangka habis terjual dalam masa yang singkat. Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal agar tidak kecewa dan dapat turut serta dalam acara muzik yang ditunggu-tunggu ini.

“Saya Yakin penonton Akan Menikmatinya…”

Sean Paul turut menyatakan keterujaannya untuk kembali ke Malaysia dan yakin para penonton bakal menikmati setiap persembahannya kelak.

“Setiap kali berpeluang bertemu dengan peminat di seluruh dunia, ia adalah satu nikmat. Saya tidak sabar untuk kembali ke Malaysia. Sokongan dan tenaga daripada peminat Malaysia memang luar biasa.

Saya paling bersemangat ingin menyampaikan single terbaharu ‘Ginger’ secara langsung. Lagu ni punya aura, dan saya yakin penonton akan menikmatinya,” ulas pemuzik dan penyanyi rap yang kini berusia 52 tahun.

View this post on Instagram

A post shared by Epic Elation Sdn Bhd (@epic.elation.my)

Jangan lepaskan peluang untuk beli tiket dan enjoy konsert ini!

sean paul
https://lomp.at/jzg27
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Dimasukkan Ke Hospital, Sempat Pesan- “Jangan Lupa Minum Air Guys..”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Perkongsian personaliti media sosial, Khairul Aming mencetuskan pelbagai reaksi peminat selepas dia terpaksa dimasukkan ke salah sebuah hospital di ibu...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Musik

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

by Phic ARMAN
January 9, 2026

Menjelang Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, nama Datuk Seri Siti...

Read moreDetails
Lokal

Nadia Annuar ‘Sekolah’ Netizen Yang Minta Perempuan ‘High Maintenance’ Untuk Kekal ‘Single’-“Kau Ingat Kiteorang…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pengacara, Nadia Annuar menyelar komen netizen yang menyifatkan para wanita 'high maintenance' untuk kekal bujang sehingga selamanya. "Perempuan yang high...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Sehabis Baik Menjaga Batas Dalam Tempoh Iddah-“Tak Cuba Nak Rapat Dengan Mana-Mana Perempuan..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Kamal Adli Mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu hantaran mengenai tempoh iddah. Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore