Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Sebab Mengapa Neelofa Dipilih Sebagai Pengarah Bukan Eksekutif AirAsia

by Khai Azfar
December 10, 2017
Share on Facebook

Ketika ramai yang mempersoalkan mengenai kredibiliti Neelofa yang dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif AirAsia, mungkin anda terlepas pandang mengenai Raline Shah yang sebelum ini dilantik menjadi salah seorang pengarah AirAsia Indonesia. Berita ini bukanlah sesuatu yang baru dimana selebriti ini diangkat menjadi sebagai pengarah syarikat yang ternama.

Kelebihan Neelofa Menjadi Pengarah Bukan Eksekutif AirAsia

Jadi apakah kelebihan Neelofa sebagai Pengarah Bukan Eksekutif AirAsia? Salah satunya beliau akan mendapat elaun tetap sebagai pengarah setiap bulan. Selain itu, Neelofa berkemungkinan akan mendapat beberapa kelebihan pengarah lain,seperti elaun perjalanan,hiburan,penginapan dan banyak lagi.

Apakah faktor dan sebab mengapa Neelofa dipilih dan bukann selebriti lain? Perlu diingatkan, Neelofa adalah individu yang memperkenalkan tudung Naelofar yang dipakai oleh juruterbang wanita muslim AirAsia sehingga ke hari ini dan ini adalah sebab mengapa beliau dipilih.

1. Kos Sebagai Duta

Neelofa antara artis yang dibayar mahal untuk menjadi seorang duta dan yang pasti nilainya melibatkan jutaan ringgit. Terutama setelah beliau dilantik Duta Swarovski, Oppo dan pelbagai jenama antarabangsa. Taraf beliau kini mencapai standard antarabangsa dan sudah semestinya nilai beliau bukan murah.

AirAsia mengambil langkah bijak,dengan melantik Neelofa sebagai pengarah bukan eksekutif dan wajahnya akan menghiasi iklan dan promosi terbaru AirAsia. Selepas ini,Neelofa mungkin hanya akan di bayar elaun bulanan sahaja sebagai pengarah dan kos directorship ini kemungkinan memakan belanja ratusan ribu sahaja setahun berbanding kos menjadi duta yang memakan belanja jutaan ringgit untuk artis yang mencapai taraf antarabangsa.

2. Pengaruh dan Kredibiliti Neelofa

Cuba anda bandingkan, pengikut instagram Neelofa 5.3 juta manakala AirAsia cuma 506 ribu bersamaan nisbahnya adalah 1:10. Kos untuk menaikkan nama di media sosial bukan perkara yang semudah membeli pengikut tetapi ianya lebih daripada itu. AirAsia akan menggunakan ukuran di sosial media untuk mencipta pengaruh baru. Mengapa pilih Neelofa dan bukannya artis lain. Salah satunya adalah kerana Neelofa satu-satunya artis yang mendapat anugerah Forbes 2017, pencapaian ini menjadikan beliau sebagai artis yang berkredibiliti dan berpengaruh.

Selamat Tinggal Jetstar Asia! 500 Pekerja Hilang Pekerjaan, 16 Laluan Ditamatkan

3. Pemasaran ‘High Impact’ AirAsia.

Belum pernah dalam sejarah Malaysia artis diangkat menjadi Board Of Director dalam syarikat penerbangan,walaupun sebagai Non Executive Director. Berita ini orang akan ingat AirAsia sampai bila-bila,dan mungkin akan tercatat dalam sejarah Malaysia.
Lepas ini,muka Neelofa orang akan ingat AirAsia sahaja. Bijaknya Tony dalam mengatur jenama AirAsia itu sendiri. Dijangka, Neelofa akan menerima lebih banyak anugerah selepas ini rentetan dari pemasaran beliau sebagai salah seorang pengarah AirAsia. Yang pasti dengan pencapaian ini, sudah pasti AirAsia mendapat tempiasnya juga.

Sumber :Facebook Abdul Basit 

airasianeelofaraline shah
https://lomp.at/95ith
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore