• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Viral

Sebelum Mati Wanita Beragama Islam Ini Teringin Makan Babi, Bukan Mati Sebagai Husnul Khatimah

by Puteri Alia
March 27, 2023
Share on Facebook

Sebagai umat Islam, kematian Husnul Khatimah merupakan kematian yang sering diimpi-impikan bagi semua manusia khususnya Muslim.

Kematian yang dicemburui itu ialah kematian ketika melakukan ibadah dan amal soleh serta sebagaimana sabda Nabi SAW iaitu dengan melafazkan syahadat sebelum meninggal dunia.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud: “Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga.”

Bahkan kita sering mendengar, jika seseorang itu meninggal pada Khamis atau Jumaat, kematian mereka itu adalah baik. Menurut sumber sahih, terdapat hadis daripada Baginda Nabi SAW bermaksud:

“Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur.” Hadis Riwayat at-Tirmizi

Selain itu, digambarkan juga keadaan seseorang apabila berada dalam saat kematian dengan peluh jernih mulai keluar pada dahi. Gambaran ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Tanda kematian bagi seorang Mukmin ialah dengan berpeluh dahinya.” Hadis Riwayat at-Tirmizi

Situasi ini berlaku kepada mereka yang sebenar-benar mentaati perintah Allah SWT sama ada dalam keadaan terang atau tersembunyi.

Mereka beramal soleh dengan melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala bentuk larangan-Nya.

Manusia khususnya berada pada akhir zaman ini akan banyak ‘dihidangkan’ dengan cabaran kehidupan yang turut melibatkan perkembangan teknologi.

Hasilnya, ia akan menjadi sebahagian daripada ujian besar bagi mempersiapkan manusia untuk bertemu Allah SWT kelak.

Namun baru-baru ini, tular di laman sosial apabila seorang pempengaruh warga Indonesia yang didakwa beragama Islam telah membuat pengakuan kontroversi apabila dia mengakui bahawa dia mahu makan babi sebelum mati sebagai umat Islam.

Hal yang demikian meraih kecaman warganet apabila bertindak memuat naik video berkenaan di laman TikTok miliknya.

Sebelum ini wanita ini yang dikenali sebagai Lina Mukherjee berkongsi sebuah konten mengenai dirinya yang menguliti daging babi lalu memakannya.

Dalam ajaran agama Islam, melarang keras makan daging babi dimana hukumnya adalah haram. Tindakannya itu diserbu banyak netizen sehingga dikritik habis-habisan.

Viral
https://lomp.at/ciyco
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @jofliam (IG)
Viral

Conteng Kotak Piza & Kualiti Doh Jofliam Jadi Rungutan Pembeli- “Macam Makan Roti Naan Mamak”

by Nurul A.
December 1, 2025

Tak habis-habis dengan kontroversi. Kali ini pempengaruh Jofliam atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, menjadi perhatian ramai apabila menjual piza...

Read more
Viral

Pakar Patologi Serah Mahkamah Tentukan Zara Qairina Jatuh Kerana Bunuh Diri atau Sebaliknya

Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu menyerahkan sepenuhnya kepada Mahkamah Koroner untuk menentukan sama ada kematian Allahyarham...

Read more
by Puteri Alia
September 4, 2025
Foto - @izyanny (TikTok)
Viral

[VIDEO] Suami Kantoi Ada Skandal, Reaksi Isteri Buat Netizen Puas Hati- “Bunyi Tamparan Hangat 100/100”

Semalam (24 September 2025) telah tular sebuah rakaman video di media sosial, termasuklah TikTok. Rakaman video tular tersebut memaparkan seorang...

Read more
by Nurul A.
September 27, 2025
Viral

Ramai Berkenan Dengan Kerusi Roda Tan Sri Abu Sahid Di Mahkamah,- “Macam Tony Stark…”

Sepatutnya tumpuan warganet terarah kepada kes mahkamah membabitkan Tan Sri Abu Sahid Mohamed, namun lain pula jadinya. Di sebalik seriusnya...

Read more
by Zaidin Albert
September 9, 2025
Personaliti

Zohran Mamdani Jadi Tumpuan Dunia, Ramai Terkejut Bila Tahu Siapa Ibunya!

Kalau anda aktif scroll berita luar negara, nama Zohran Mamdani mungkin pernah lalu dekat timeline. Tapi siapa sangka, ahli politik...

Read more
by Phic ARMAN
November 7, 2025
Viral

Remaja Didakwa Buli Zara Qairina Siap Buat ‘Peace’ Ketika Dipanggil Beri Keterangan, Warden Nafi Tunjuk Trauma

Salah seorang remaja yang dikaitkan dengan kes buli melibatkan arwah Zara Qairina Mahathir didakwa tidak menunjukkan sebarang tanda trauma sewaktu...

Read more
by Puteri Alia
September 19, 2025
Viral

Tiada Dadah Dikesan Dalam Tubuh Zara Qairina, Hanya Ubat Antisawan Phenytoin Dijumpai

Bedah siasat terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir akhirnya menyingkap beberapa dapatan penting apabila tiada sebarang dadah dikesan dalam tubuh...

Read more
by Puteri Alia
September 3, 2025
Viral

[VIDEO] Warga Bangladesh Kaut Saman DBKL, Netizen Dakwa ‘Elak Owner Marah’

Sebuah video yang mencuri perhatian netizen di media sosial memaparkan tindakan seorang penjaga parkir warga Bangladesh mengutip semua saman trafik...

Read more
by Phic ARMAN
November 28, 2025
Viral

Jeritan Terakhir Zara Qairina, “Aku Tidak Mencuri Bah, Bodoh” Sebelum Ditemui Tidak Sedarkan Diri

Allahyarham Zara Qairina Mahathir sempat menangis dan menjerit kata-kata terakhirnya “aku tidak mencuri bah, bodoh,” selepas keluar dari sebuah bilik...

Read more
by Puteri Alia
September 17, 2025
Viral

Miss Mexico Fátima Bosch vs. Nawat Itsaragrisil: Apa Kes Sampai Kena Panggil ‘Dump’?

Kecoh dunia ratu cantik! Menjelang pertandingan Miss Universe 2025 yang bakal berlangsung di Thailand, satu insiden panas berlaku antara wakil...

Read more
by Phic ARMAN
November 5, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  5. 5

    [GAMBAR] Gelagat Anak Perempuan Tok Ram ‘Selfie’ Bersama Buatkan Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore