• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Sedar ‘Konsert Goyang Asia Koplo Milenia’ Terima Persepsi Negatif, Penganjur Tukar Nama?

by Phic ARMAN
August 14, 2023
Share on Facebook

Nampaknya Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur telah menarik perhatian sesetengah pihak sehingga menimbulkan kontroversi. Lebih mengejutkan konsert ini menerima kritikan dari mereka yang sentiasa memiliki persepsi negatif terhadap irama dangdut.

Sudah menjadi lumrah, dari dulu lagi penyanyi dangdut seakan dianaktiri dan dilempar persepsi kurang enak dalam kalangan sesetengah masyarakat. Sedangkan, Malaysia sentiasa terbuka menerima genre muzik luar seperti K-Pop mahupun dari barat.

Bagaimanapun demi menjernihkan persepsi masyarakat dan menghormati semua pihak, ‘Konsert Goyang Asia Koplo Milenia’ telah melakukan penjenamaan semula kepada ‘Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur’, yang dilihat lebih universal.

“Pihak kami sedar bahawa apabila disebut dangdut koplo sudah pasti ianya akan mendapat reaksi dan persepsi negatif dari masyarakat setempat, tambahan lagi muzik koplo jika di Indonesia diiringi tarian agak seksi.

“Dengan demikian, dalam memartabatkan muzik dangdut di Malaysia maka kami tampil dengan persembahan yang berbeza yang lebih mahu menonjolkan seni di dalam muzik itu sendiri tana menonjolkan elemen negatif dalam kalangan masyarakat,” Mission Sight selaku penganjur.

Tambahan lagi ini merupakan konsert dangdut berskala besar yang pertama kali berlangsung di negara ini dan sudah tentu penganjur mahu meninggalkan kenangan dan menjadi penanda aras terbaik.

Lebih membanggakan, konsert ini juga mungkin akan mencatat sejarah dan diabadikan dalam Malaysia Book of Records, sekiranya tiket habis terjual.

Menariknya, selain menggabungkan artis-artis dangdut popular dari Indonesia dan Malaysia, konsert ini juga bakal dimeriahkan lagi dengan
Festival Muzik Milenia.

Festival tersebut bakal diadakan di perkarangan stadium MBSA Shah Alam bermula 29 September hingga 01 Oktober 2023, selama tiga hari berturut-turut.

Antara aktiviti yang akan berlangsung sepanjang festival ialah, persembahan daripada artis-artis genre dangdut, ‘Food Fest’ yang disertai oleh vendor-vendor makanan viral dari Malaysia dan Indonesia serta pelbagai lagi acara lain menjelang konsert pada 30 September ini.

Tiket harga Rahmah, pengurangan harga 50%

Berita baik buat semua, pihak penganjur memperkenalkan tiket harga rahmah dengan membuat pengurangan harga sebanyak 50% bersempena dengan ‘Merdeka Promo’.

Penganjur, Mission Sight, berharap agar dengan harga rahmah ini Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur ini dapat dijadukan sebagai konsert mesra keluarga dan masyarakat.

Warga Indonesia di dalam dan luar negara dijangka akan memenuhi stadium Malawati, Shah Alam selepas pengurangan harga dan memberi peluang untuk bertemu dengan artis-artis kesayangan mereka.

“Kami hanya menjual irama dan lagu bukan unsur-unsur negatif seperti tarian dan gelek lucah seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Pengurangan harga ini juga adalah kerana penganjur bercadang untuk mengadakan malam ke dua dan sekiranya ia terlaksana kemungkinan artis sensasi seperti Baby Shima dan beberapa artis lain berpeluang menyertai Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur ini.

“Bagaimanapun untuk meneruskan konsert pada malam kedua, masih di peringkat perancangan. Namun kalau berjaya direalisasikan, pastinya penonton akan disajikan persembahan berbeza,” kata penganjur.

Tiket mengikut zon sudah boleh didapati di laman sesawang ini.

Selain itu, untuk mempromosikan lagi dan menarik lebih ramai pengunjung konsert, turut dianjurkan beberapa pertandingan melibatkan lima negara iaitu, Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei dan Thailand.

Antara program yang dilaksanakan adalah:

1. Pertandingan nyanyian pencarian Raja dan Ratu Dangdut Asia
2. Pertandingan Dance Tanpa Gelek
Versati
3. One Minutes Challenge

“Penganjur mengambil kira trending semasa, di mana muzik dangdut Koplo ini sangat popular dikalangan pengguna TikTok.

“TikTok pula merupakan platform pemasaran terpantas masa kini, maka kami mengambil peluang itu. Diharap lebih ramai yang akan menyertai pertandingan dianjurkan, secara tidak langsung konsert ini akan menjadi tular dan mendapat promosi lebih meluas,” kata penganjur lagi.

Latar belakang Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur

Konsert Milenia adalah gabungan Malaysia dan Indonesia dalam memartabatkan genre muzik dangdut yang merupakan muzik sealiran dua negara.

Bakal menampilkan Ratu Dangdut Malaysia, Amelina, Ani Maiyuni beraksi sepentas bersama Siti badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek-kelepek dan Rheyna Morena.

Kerjasama positif ini dijangka memberi ruang dan peluang kepada artis dangdut tanah air untuk meluaskan pasaran antara dua negara atau serantau asia, menerusi penciptaan lagu-lagu baharu mengikut trending semasa.

Malah, perkongsian teknologi muzik dari Indonesia juga dijangka akan memberi impak besar dalam perkembangan muzik dangdut di Malaysia.

Justeru, usaha ini diyakini mendapat sokongan padu daripada Motac dan Tourism Malaysia kerana melalui muzik, tradisi ini mampu menjadi salah satu elemen mempromosikan Malaysia dan secara tidak langsung diharap dapat menarik pelancong menyertai festival muzik Milenia ini.

Semua artis yang terlibat sangat telah mendapat tapisan awal dari PUSPAL dan tidak dibenarkan beraksi kurang sopan dan berpakaian mencolok mata.

dangdutFitri CarlinaHesty Klepek-kelepekkonsertKonsert Goyang Asia Koplo MileniaSiti Badriah
https://lomp.at/pus8z
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  2. 2

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  3. 3

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore