Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Sedih! Ini Luahan Hati Bapa Steve Jobs, Abdulfattah Yang Tak Sempat Jumpa Anaknya

by Phic ARMAN
October 6, 2020
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Steve Jobs, pengasas Apple, meninggal dunia pada 5 Oktober, sembilan tahun yang lalu. Tak ramai yang tahu tentang kisah peribadi kehidupannya selama ini. Salah satu kisah yang paling menyentuh hati adalah mengenai bapanya, Abdulfattah John Jandali.

Abdulfattah John Jandali VIA Dailymail

Hanya ada satu perkara yang dikehendaki oleh Abdulfattah John Jandali, seorang imigran Muslim dari Syria. Keinginannya adalah kecil iaitu mahu duduk minum kopi dan berbual dengan anak kandungnya, yang tidak sempat dia temui.

Keadaan memaksa Jandali dan ibu kandung Jobs, Joanne Schieble, untuk menyerahkan bayi kecil itu untuk dijadikan anak angkat. Jobs dilahirkan di San Francisco, 24 Februari 1955, dan diambil menjadi anak angkat oleh Paul dan Clara Jobs sejurus selepas dilahirkan. Mereka tinggal di Silicon Valley, kawasan industri elektronik di Amerika Syarikat.

Steve Jobs pada 9 tahun yang lalu meninggal dunia di kediamannya di Palo Alto, California, kerana barah pankreas

Malangnya,  harapan Jandali musnah berikutan kematian Jobs pada 9 tahun yang lalu di kediamannya di Palo Alto, California, kerana barah pankreas. Menurut Dailymail, Jandali mengakui beberapa tahun kebelakangan ini, dia baru saja tahu anaknya merupakan ‘orang besar’ di sebuah syarikat komputer berprestij di dunia.

Walaupun dia benar-benar ingin bertemu, Jandali mengakui bahawa dia tidak berani memanggil Jobs kerana dia bimbang anak kandungnya keliru, menganggap dia mengejar Jobs, yang kini terkenal dan kaya. Jandali berulang kali menghantar e-mel yang mengajaknya bertemu, tetapi tidak pernah dijawab.

“Sekarang, saya tak punya apa-apa lagi untuk dikatakan,” ujar Jandali.

Dengan nada menyesal, Jandali mengakui bahawa dia tidak akan pernah menyerah Jobs kepada keluarga angkat jika keputusan itu ada di tangannya. Keputusan itu dibuat oleh ibu Jobs, Joanne, kerana ayahnya tidak menginginkan menantu imigran Syria.

Joanne terpaksa berpindah ke San Francisco bersama bayinya. Dalam keadaan itu, dia memutuskan untuk melepaskan Jobs. Nampaknya layanan Jobs terhadap ayah kandungnya berbeza dengan ibu kandungnya.

Perbandingan Galaxy S26 Ultra & iPhone 17 Pro Yang Buat Ramai Fikir Dua Kali. Jadi Mana Juara?

Ini kerana, Jobs menerima ibu kandungnya juga adiknya Mona Simpson, yang bertemu setelah dewasa.  Mona lebih bernasib baik, dia dilahirkan setelah Jandali dan Joanne sah bernikah beberapa bulan setelah Jobs diserah kepada keluarga angkat.

Mona dan Jobs memiliki hubungan yang akrab.  Mona, yang juga pengarang buku terkenal Anywhere but Here, mendedikasikan karyanya untuk Jobs. Dia juga menulis buku lain yang berjudul A Regular Guy yang diilhamkan dari hubungan mereka berdua.

[Sumber DAILYMAIL]

Abdulfattah John JandaliAppleSteve Jobs
https://lomp.at/g00mh
Share14Tweet5SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Suri Rumah Memang Suka! Ini Manfaat Ciri Teknologi ‘No Frost’ Pada Peti Ais

by Phic ARMAN
April 23, 2026

Kalau nak cakap jujur, No Frost Technology bukan sekadar ciri “extra”,  tapi dah jadi penyelamat rutin harian, especially untuk suri...

Read moreDetails
LifeXplore

Apa Yang Best Pasal Kad Ryt Ini Kalau Time Shopping? Ini 3 Hal Penting Yang Patut Anda Tahu

by Phic ARMAN
April 23, 2026

Kalau anda jenis suka shopping tapi dalam masa sama nak jaga flow duit, berita dari Ryt Bank ini mungkin buat...

Read moreDetails
Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
LifeXplore

Low Light Tak Lagi Musuh: Galaxy A57 5G Tampil Dengan Kamera Lebih Sharp

by Phic ARMAN
April 17, 2026

Kalau dulu siri Galaxy A dah dikenali sebagai “kamera bajet rasa flagship”, kali ini Samsung Galaxy A57 5G nampaknya naik...

Read moreDetails
LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  3. 3

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara