Thursday, August 21, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Langgar SOP! Sekumpulan Orang Gila Kini Sekumpulan Orang Dikompaun

Tawaran kompaun RM1,000 sudah dikeluarkan kepada setiap individu terbabit

by Khai Azfar
March 8, 2022
foto via Harian Metro/Aizuddin Saad

foto via Harian Metro/Aizuddin Saad

249
KONGSIAN
Share on Facebook

Memetik laporan Harian Metro, polis mengesan tindakan sekumpulan individu berpelukan dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.

Langgar SOP

foto via Aizuddin Saad

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof berkata, gambar itu dikesan polis selepas dimuat naik sebuah portal berita dipercayai merujuk kepada gambar kemenangan Sekumpulan Orang Gila (SOG) bersama-sama komposer dan rakan duet mereka, Shila Amzah.

Dikompaun RM1,000 Setiap Individu

Menurutnya, Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi sudah diarah untuk menjalankan siasatan lanjut.Difahamkan, semua individu terbabit sudah dipanggil bagi membantu siasatan atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.

“Kesalahan itu dikesan kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal seperti yang terkandung dalam arahan PPN Fasa Empat.

“Tawaran kompaun RM1,000 sudah dikeluarkan kepada setiap individu terbabit mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk terus patuh kepada SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang wabak Covid-19.

AJL36langgar sopsekumpulan orang gila
https://lomp.at/hckx1
Share100Tweet62SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Waris Selar Kenyataan Saifuddin Nasution, Dakwa “Tipu & Fitnah” Ibu Zara Qairina

  2. 2

    [VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!

  3. 3

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

  4. 4

    Ramai Batal Pesanan Rendang, Ini Respons Khairul Aming- “Saya Taknak Aniaya Masa Orang…”

  5. 5

    [VIDEO] Senyuman Lebar Aliff Syukri Lihat Ammar Ahyan Menyanyi Bersama Amad

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem