Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Selain Brad Pitt, 4 Selebriti Hollywood Ini Tidak Suka Mandi!

Antara alasan mereka adalah kerana tidak mempunyai masa sehinggalah terlalu malas

by Naddy Joe
May 30, 2021
Share on Facebook

Siapa sangka Barisan selebriti Hollywood ini tidak suka mandi. Antara alasan mereka adalah kerana tidak mempunyai masa sehinggalah terlalu malas. Anda ingin tahu siapakah selebriti Hollywood yang tidak suka mandi? Scroll sampai habis okay?

Brad Pitt

Eli Roth mendedahkan tabiat buruk co-star beliau, Brad Pitt. Bekas suami Angelina Jolie memberikan saranan untuk mandi apabila tidak sempat. Brad Pitt akan mengelap ketiaknya dengan tisu bayi.

“Die memberitahu saya apabila anda berpeluh dan tidak sempat untuk mandi, anda hanya perlu mengelap ketiak dengan tisu bayi.”-Eli Roth

Robbert Pattinson

Menerusi temubual bersama Extra, Robert Pattinson ditanya adakah dia bersedia untuk mengesahkan khabar angin bahawa dia tidak membasuh rambutnya selama enam minggu. Tidak membantah, Robert mengakui dia tidak tahu dan turut menyatakan tidak tahu gunanya mencuci rambut.

Ketika membintangi filem Twilight, turut tersebar khabar angin bahawa Robert Pattinson mempunyai bau badan. Dia dikatakan tidak pernah mandi dan mengecewakan para kru produksi di set penggambaran

Britney Spears

Britney Spears pernah disaman oleh bekas pengawal peribadinya, Fernando Flores terhadap dakwaan kerosakan psikologi. Hal disebabkan Fernando menuduh Britney tidak mandi berhari-hari sehingga menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.

Namun pada tahun 2012, tuntutan mahkamah terhadap Britney Spears telah selesai. Britney dilaporkan telah memberikan sejumlah wang kepada Fernando Flores. Sebelum ini, dia turut menggelar bekas pengawal peribadinya sebagai penipu kerana menyebarkan khabar angin yang tidak benar.

Zac Efron

Zac Efron adalah aktor terkenal dengan badannya yang berotot. Walaubagaimanapun, menurut sumber dari set penggambaran High School Musical 3 menyatakan bahawa Zac Efron tidak suka mandi. Dia boleh menghabiskan masa berhari-hari tanpa mandi walaupun dia suka bersenam. Apabila dia terasa malas, dia hanya mengelap membersihkan diri menggunakan tisu bayi.

“Zac bukanlah orang yang suka mandi. Ianya sangat menjijikkan, kerana Zac suka bermain bola keranjang sepanjang hari dan kemudian menghabiskan hari-harinya tanpa mandi. Apabila dia malas, dia hanya mengelap dirinya dengan tisu bayi!”-Sumber Just Jared

Charlize Theron

Charlize Theron adalah salah seorang aktres Hollywood yang sering menyinari industri perfileman. Dia juga pernah membintangi pelbagai filem terkenal seperti Mad Max: Fury Road, Monster, dan Atomic Blonde. Namun siapa sangka Charlize Theron tidak suka mandi dan mengakui boleh bertahan tanpa mandi selama seminggu.

“Saya seorang gadis yang suka menangguh dan saya tidak mandi selama seminggu, saya okay dengannya.”-Charlize Theron

Bekas Suami Dedah Kelakuan Pelik Britney Spears- "Setiap Malam Dia Tengok Anak Tidur Sambil Pegang Pisau"
brad pittbritney spearsCharlize TheronRobert PattinsonZac Efron
https://lomp.at/h0qya
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
Berita

Andika Putera Kesal Sikap Netizen Kritik Pakaian Alisha, Fazura Beri Respon!-“Yang Buruk Ialah Sifat Sombong…”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pempengaruh media sosial, Andika Putera meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan anak perempuannya, Alisha Puteri yang...

Read moreDetails
Lokal

Taufiq Hanafi Kesal Disoal Mengenai Kes ‘YEYE’ Dalam Kem Tentera-“Aku Ni Pelakon Filem Askar Je…”

by Naddy Joe
January 6, 2026

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai budaya gelap dalam dunia ketenteraan iaitu persundalan perempuan 'yeye' menjadi pemuas nafsu di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore