Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Selain Fattah Amin, 3 Artis Ini Turut Mengerjakan Umrah November Ini

by Khai Azfar
November 13, 2017
Share on Facebook

Selain khabar gembira artis menerima cahaya mata, berita artis mengerjakan Umrah juga tidak terlepas dari perkhabaran peminat mereka. Khabarnya empat artis ini bakal mengerjakan Umrah pada hujung November ini. Siapakah mereka? murai.my bawakan senarai empat artis tersebut.

1. Fattah Amin

Ketika teka-teki hubungan beliau dan Fazura masih lagi menjadi teka- teki, Fattah Amin membawa perkhabaran bakal mengerjakan umrah bersama keluarganya pada 15 November ini. Fattah dan keluarganya akan ke sana selama 10 hari. Nampaknya, sunyilah sebentar berita hangat mengenai Fattah nanti.

2. Khai Bahar

Impian penyanyi Khai Bahar untuk membawa ibu dan bapanya menunaikan umrah bakal tercapai tidak lama lagi. Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 23, berkata dia menyimpan impian tersebut sejak mula menceburi bidang seni. Tambahnya, perancangan sepatutnya pada tahun hadapan namun dia diberi rezeki awal selepas menerima tawaran daripada badan kemanusian Syria Care Malaysia pada bulan Mei lalu.

3. Aiman Tino

Berita gembira tersebut dikongsi Aiman dimana beliau bakal berangkat ke Mekah pada hujung bulan ini bersama ibu bapanya. Makin murah rezeki Aiman ya!

“Alhamdulillah, sudah lama saya berniat nak tunaikan umrah dan akhirnya impian saya ini tercapai. Lebih manis lagi, saya ke sana bersama ibu dan ayah”

4. Fazura

Masih tidak dipastikan lagi samada aktres jelita ini akan mengerjakan umrah atau tidak. Berita ini mula tersebar apabila terdapat dakwaan bahawa Fazura bakal mengerjakan umrah bersama Fattah.

“Saya memang akan menunaikan umrah bersama keluarga tetapi dakwaan saya pergi bersama Fazura itu kena tanya dia sendiri. Saya menyerahkan urusan umrah kepada pengurus untuk menguruskannya,”

[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-"Semuanya Bak Bidadari"
aiman tinofattah aminfazurakhai baharumrah
https://lomp.at/8cxwb
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore