Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Selain Keropok Lekor, 4 Makanan Ini Wajib Cuba Di Terengganu

by Rory Kim
November 18, 2022
Share on Facebook

Terengganu ialah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Terengganu merupakan satu negeri  terkenal dengan pulau-pulau, pantai yang cantik dan hidupan laut yang kaya. Terengganu juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Terdapat 5 makanan Terengganu yang wajib dicuba!

1. Nasi Dagang

Nasi dagang ini sangat popular di bahagian pantai timur Malaysia. Nasi dagang ini biasanya disediakan bersama lauk ikan aya atau ikan tongkol. Nasi Dagang seringkali dijadikan makanan sarapan pagi di Negeri Terengganu. Secara tradisionalnya, nasi dagang dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon dan diikat dengan menggunakan lidi.

Nasi dagang yang paling sedap dan paling power ialah di Warung Nasi Dagang Pak Din di Dungun. Nasi Dagang Terengganu di Warung ini lebih kenyal dan lebih wangi kalau nak banding nasi dagang Mak Ngah ni. Dan kuahnya pula lebih likat dan rempahnya lebih keras.

2. Keropok lekor

Makanan yang popular di Terengganu. Tidak perlu  dipertikaikan lagi, asal keropok lekor sememangnya dari Negeri Terengganu. Memandangkan Negeri Terengganu kaya dengan sumber ikan, maka boleh dikatakan dari Kemaman sampailah ke hujung Besut ada je gerai yang menjual keropok lekor. Memang tak susah lansung nak mencari kedai makan keropok lekor di sini. Banyak kedai yang menjadi pembekal dan penjual keropok losong.

Salah satu kedai yang anda wajib pergi ialah Keropok Warisan Losong. Kedai ini memang antara kedai keropok losong yang popular di Terengganu ni. Mereka ada menjual yang sudah dimasak dan yang sejuk beku untuk dimasak sendiri di rumah. Keropok di sini memang sedap, mudah di kunyah dan lembut.

Berlari Sambil Menikmati Pesona Pantai Timur: Mesra Run 2025 Sarat Semangat & Kesedaran Mental!

3. Ketupat Sotong

Masakan tradisional dan lauk pauk Terengganu yang cukup sinonim di Terengganu di mana sotong disumbat dengan pulut dan dimasak dengan kuah lemak. Hidangan Ketupat Sotong biasanya dimakan bersama nasi putih. Terdapat juga beberapa kedai yang menjual ketupat sotong ini sebagai juadah santai di waktu petang. Di Terengganu, menu masakan sotong lebih dikenali sebagai ‘tuppat sutong’ atau ‘sutong sumbak’.

Ketupat sotong boleh didapati di Restoran Lempeng. Mereka menyediakan ketupat sotong yang sangat sedap. Bukan itu sahaja, kuah yang disertakan dengannya cukup berperisa dan berlemak.

4. Ikan Singgang – Restoran Singgang Budu

Ada sesetengah negeri mungkin lauk ikan singgang lebih dikenali dengan masakan lauk pindang. Namun kalau di Terengganu mahupun Kelantan, lauk berkuah jernih ini lebih sinonim dengan nama singgang. Asas protin untuk membuat lauk singgang tidak tertakluk kepada ikan sahaja bahkan ada juga menggunakan daging lembu. Kalau setiap hari raya korban, singgang daging menjadi menu wajib bagi masyarakat orang Terengganu.

Di Terengganu makanan tradisi seperti ikan singgang sangat sedap di makan bersama budu. Restoran Singgang Budu merupakan salah satu tempat makan yang menyajikan masakan ala kampung citarasa pantai timur dan merpakan tempat makan menarik di Terengganu. Restoran ni menyediakan makanan lain juga seperti ikan bakar, ayam penyet dan juga pizza.

5. Laksam Terengganu

Laksam ialah makanan yang  dihidangkan seperti laksa di atas dengan pilihan dua jenis kuah dan potongan ulam-ulaman sebagai sayurnya. Cuma yang membezakan antara laksa dan laksam, mee yang digunakan berbentung gulung dan juga dibuat daripada tepung beras. Kuah laksam memang berlemak dan ada rasa manis-manis sikit.

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

Siapa nak makan laksam tu, mestilah ada yang sedap di Terengganu. Kedai Laksam Dabara mempunyai laksam yang terbaik. Kuah laksamnya memang berlemak dan cukup pedas serta manisnya. Bila campur cili tu pastikan anda rasa dulu sesuai tak pedasnya dengan anda supaya senang nak menikmati kuah laksamnya.

Terengganu
https://lomp.at/r8ce0
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
Lokal

Ibu Jatt Ali Meninggal Dunia-“Ternyata Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Penyanyi, Jatt Ali berkongsi khabar duka mengenai ibunya, Hajaz Zainah yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Khamis. Khabar duka...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

by Naddy Joe
February 24, 2026

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Kongsi Gelagat Aliff Syukri ‘Tak Duduk Diam’ Di Konsert Siti Nurhaliza, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 12, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat suaminya...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore