Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Cinta

Selain Taylor Swift-Joe Alwyn, Selebriti Ini Pun Putus Selepas 5 Tahun Bercinta

by Soph Azz
April 18, 2023
Foto - SCMP

Foto - SCMP

Share on Facebook

‘Break up’- Ianya berlaku sepanjang masa dan sejujurnya kita sentiasa terkejut dengan berita perpisahan yang berlaku antara selebriti. Dan yang terbaru adalah Taylor Swift-Joe Alwyn.

Berita perpisahan mereka tak dinafikan meninggalkan kesan dalam kalangan peminat, selepas enam tahun bercinta dengan alasan adanya perbezaan dalam personaliti mereka.

Sama seperti Taylor dan Joe, ada beberapa selebriti lain yang turut hadapi perkara yang sama iaitu perpisahan dalam hubungan walaupun sudah bercinta lama. Ada yang lebih daripada 5 tahun dan ada yang sudah 10 tahun.

Nak tahu siapa?

Kylie Jenner-Travis Scott 

Foto – Pinterest

Selepas lima tahun, Kylie Jenner dan Travis Scott mengambil keputusan untuk ‘berehat’ daripada hubungan mereka. Menurut sumber, hubungan mereka yang ‘on-off’ itu berlaku disebabkan oleh perbezaan gaya hidup di antara kedua-duanya. Mereka berdua dikurniakan dua orang anak iaitu Stormi Webster dan Aire Webster.

Selena Gomez-Justin Bieber 

Foto – Pinterest

Kenal melalui pengurus, Selena dan Justin menjalinkan hubungan pada 2010. Kedua-duanya menjalinkan hubungan ‘on-off’ selama lapan tahun sebelum berpisah dengan rasmi pada tahun 2018. Kini Justin berkahwin dengan Hailey selama empat tahun, manakala Selena dikatakan bercinta dengan bekas ahli One Direction iaitu Zayn Malik.

Vanessa Hudgens-Austin Butler 

Pada tahun 2011, Vanessa dan Austin dikatakan bercinta selepas berita mengenai perjumpaan mereka tersebar. Menafikan perkara tersebut, kedua-duanya muncul di khalayak ramai secara rasmi pada tahun 2012.

Topik Berkaitan Tersenarai Dalam Forbes, Shah Rukh Khan Kini Sertai Kelab Bilionair
Foto – Pinterest

Selepas 9 tahun bercinta, mereka menamatkan hubungan tersebut. Vanessa kini bertunnag dengan pemain besbol, Cole Tucker. Manakala Austin pula menjalinkan hubungan dengan Kaia Gerber.

Demi Lovato-Wilmer Valderrama 

Foto – Pinterest

Demi Lovato dan Wilmer Valderrama pertama kali bertemu pada tahun 2010. Ketika itu Demi baru berusia 17 tahun dan Wilmer berusia 29 tahun. Dengan jarak umur 12 tahun, mereka secara rasmi mula bercinta ketika Demi berusia 18 tahun. Tetapi hubungan mereka berakhir pada 2018, selepas 7 tahun.

Apa-apa pun, Miss Murai berharap mereka bertemu dengan pasangan yang serasi dan memahami diri masing-masing! ❤

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
joe alwynKylie Jennerselebriti putus cintaSelena GomezTaylor Swifttravis scott
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Pasangan
Cinta

Kalau Cari Pasangan, Lebih Baik Cari Zodiak Ini- Confirm Romantik Habis!

by Nurul A.
August 9, 2026

Setiap orang ada cara masing-masing untuk melayan pasangan mereka. Ada yang layan dengan baik, penuh kasih sayang, acuh tak acuh...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  3. 3

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

  4. 4

    [VIDEO] Tiba-Tiba Jadi Maskot Rumah Sukan, Reaksi Khairul Aming Buat Ramai Berdekah

  5. 5

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara