Wednesday, August 20, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home HotList

Selain Siti Nurhaliza, 5 Selebriti Popular Ini Bakal Dapat ‘Baby 2021’

by Khai Azfar
December 9, 2020
198
KONGSIAN
Share on Facebook

Kurang dari sebulan tahun 2020 yang penuh dengan kenangannya tersendiri bakal melabuhkan tirainya. Dalam industri hiburan, turut melakar pelbagai kisah sisipan para selebriti yang menjadi tumpuan peminat termasuklah khabar berita selebriti kesayangan mereka bakal menimang cahaya mata.

6 Selebriti Ini Bakal Menyambut Kehadiran ‘Orang Baru’

Ketika ini, tahun 2020 antara tahun paling ramai selebriti menimang cahaya mata. Ada diantara mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa dan tidak kurang juga ada yang menambah ahli keluarga baru termasuklah buat 6 selebriti popular ini yang sedang sarat hamil. Berkongsi perasaan teruja mereka, dikalangan selebriti ini difahamkan hanya menunggu masa untuk melahirkan insan teristimewa. Berikut Murai.my tampilkan 6 selebriti yang akan menimang cahaya mata tidak lama lagi termasuklah ‘Baby 2021’. Semoga dipermudahkan buat semua!

Zahirah Macwilson

Ketika ini pasangan selebriti ideal, Zahirah Macwilson dan suami Aiman Hakim Redza berada di Perth, Australia. Berkongsi khabar gembira buat peminat beberapa bulan dahulu, Zahirah kini sedang sarat hamil dan usia kandungannya sudah memasuki usia 8 bulan.

via Instagram Zahirah Macwilson

Dengan penuh kesabaran dan turut teruja untuk bergelar ibu dan bapa buat pertama kali, difahamkan pasangan ini akan menyambut bayi sulung mereka di Australia dan peminat turut tidak menolak barangkali Zahirah akan menerima bayi tahun baru!

Mawar Rashid

Selain Zahirah, pelakon Mawar Rashid juga sedang sarat mengandung dan turut berkongsi usia kehamilan yang sama iaitu 8 bulan. Menerusi hantaran di laman Instagram, Mawar yang berkahwin dengan adik selebriti popular Datuk Fazley Yaakob, Raf Yaakob memuat naik foto terkininya yang meminta peminat untuk meneka adakah anak kedua nya bersama Raf seorang bayi lelaki mahupun perempuan.

Via Instagram Mawar Rashid

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Rafael pada 13 Mac lepas. Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isterinya terdahulu.

[VIDEO] Senyuman Siti Nurhaliza & Maya Karin, Curi Tumpuan Ramai!

Hetty Sarlene 

“It’s a boy (jantinanya lelaki)!”

Itulah kapsyen ringkas yang ditulis oleh pelako dan penyanyi Hetty Sarlene Oakes  yang berkongsi khabar bakal menimang cahaya mata lelaki. Ketika ini, Hetty sedang sarat hamil  dan dikhabarkan hanya menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata sulungnya itu.

Via Instagram Hetty Sarlene

Sebelum ini, Hetty dan suaminya, Dani Aaqil mengakui sangat terkejut dengan berita kehamilan itu sehingga mereka sanggup melakukan pemeriksaan alat pengesan kehamilan sebanyak dua kali untuk mengesahkan kehamilan tersebut.

Hetty mendirikan rumah tangga dengan Dani atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.

Scha Al-Yahya

‘Kehilangan’ nya buat seketika sebenarnya membawa satu perkhabaran gembira buat ramai peminat apabila Scha Al-Yahya dan suami, Awal Ashaari mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata kedua pada tahun hadapan.

Via Instagram Scha Al-Yahya

Selepas 6 tahun kelahiran penyeri keluarga mereka, Lara Alana difahamkan pasangan selebriti ini akan mengekalkan abjad ‘L’ dan ‘A’ sebagai pangkal nama anak kedua mereka kelak. Ketika artikel ini sedang ditulis, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya sedang hamil 7 bulan dan dijangka bersalin pada Februari 2021.

Ain Edruce

Via Instagram Ain Edruce

Di sebalik kelincahannya, siapa sangka pelakon dan pengacara Ain Edruce kini sedang berbadan dua. Berkongsi khabar gembira tersebut di laman YouTube miliknya, Ain turut tidak menyangka dirinya hamil sehinggalah pengacara Immortal Songs ini membuat ujian pengesahan kehamilan baru-baru ini. Ain yang sedang hamil 4 bulan dijangka akan menimang cahaya mata sulung sekitar April hadapan.

Dato Sri Siti Nurhaliza

Selepas ramai yang berteka-teki dan membuat spekulasi mengenai Dato Sri Siti Nurhaliza, penyanyi kesayangan ramai itu akhirnya mengesahkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata kedua.

[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menari Trend 'Like Jennie', Curi Perhatian Netizen!-"TokTi Baru Habis SPM Ke?.."
Via Instagram Siti Nurhaliza

Menurut Siti, dia akui ramai yang sudah dapat meneka serta berteka-teki mengenai kehamilan keduanya dan sengaja merahsiakan kehamilannya kerana merasakan masih terlalu awal sehinggalah kandungannya itu kini berusia 4 bulan. Difahamkan, Siti akan turut melahirkan anak keduanya pada April 2021 dan berharap semua pihak mendoakan kehamilannya berada dalam keadaan baik.

“Benar saya sedang hamil empat bulan. Alhamdulillah, saya ingin berterima kasih kepada semua kerana ramai yang mendoakan kehamilan kedua ini. Doakan semoga kehamilan ini saya diberikan kekuatan serta melahirkan zuriat yang sihat dan sempurna.

“Soal jantina saya terima dengan hati terbuka, tapi lebih seronok kalau kehamilan kali ini dapat timang anak lelaki. Apapun doakan agar semuanya berjalan dengan baik,” katanya dalam pengumuman yang dibuat baru-baru ini.

ain edruceanak selebritiartis bersalin 2021Hetty Sarlenemawar rashidScha Al-Yahyasiti nurhalizazahirah macwilson
https://lomp.at/sfsv3
Share79Tweet50SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  4. 4

    Ramai Batal Pesanan Rendang, Ini Respons Khairul Aming- “Saya Taknak Aniaya Masa Orang…”

  5. 5

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem