Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

SELANGOR FUTURE CUP 2024/2025: SM Kota Kemuning Juarai ‘Mobile Legends: Bang Bang’

by Phic ARMAN
February 25, 2025
Share on Facebook

Selangor Future Cup 2024/2025: Lahirnya Lagenda adalah sebuah kejohanan MLBB (Mobile Legends: Bang Bang) yang dianjurkan buat pertama kali oleh Majlis Sukan Negeri Selangor dan Pejabat Exco Belia, Sukan & Keusahawanan bersama Selangor Red Giants (SRG) dan TODAK. Tujuan utama kejohanan ini adalah untuk mencari bakat baru dalam dunia esukan, terutamanya dari kalangan pelajar sekolah di Selangor, dan memberi mereka peluang untuk merasai pengalaman kejohanan bertaraf profesional.

Kejohanan ini juga berfungsi sebagai platform untuk memperkenalkan pemain muda kepada ekosistem esukan, serta menggalakkan semangat kesukanan dan penglibatan komuniti. Sebanyak 64 sekolah di seluruh Selangor telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini, yang turut berperanan sebagai salah satu cara untuk mengenal pasti bakat-bakat yang berpotensi dalam bidang esukan. Selain itu, kejohanan ini turut menjadi platform untuk menyaring calon-calon bagi program pembangunan atlet sukan yang berkaitan dengan SUKMA (Sukan Malaysia) yang akan datang.

Dalam kejohanan ini, Sekolah Menengah Kota Kemuning dari Kuala Selangor muncul sebagai juara, menerima hadiah pembangunan fasiliti esukan bernilai RM 30,000. Di samping itu, setiap peserta kejohanan turut menerima biasiswa penuh dari TODAK Academy untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4), memberikan mereka peluang untuk keseimbangan antara pendidikan dan kerjaya dalam esukan.

Program yang berlangsung selama dua hari ini dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, pada 22 dan 23 Februari 2025, di AEON Mall Shah Alam. Kejohanan ini turut dihadiri oleh YB Najwan bin Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor. Seramai 384 pelajar dari 64 sekolah telah mengambil bahagian dalam acara yang penuh semangat dan gilang-gemilang ini.

Topik Berkaitan CelcomDigi Kembali Dengan Future Pros Bootcamp, Buka Laluan Gamer Malaysia Ke Pentas Profesional
Timbalan Presiden TODAK, En Mohd Ikmal Fareeq Bin Shamsul Bahri

Timbalan Presiden TODAK, En Mohd Ikmal Fareeq Bin Shamsul Bahri, berkata kejohanan ini adalah sejarah penting bagi TODAK kerana mereka dapat menyumbang kepada industri esukan dengan menyediakan peluang pendidikan selain terlibat dalam penganjuran acara. Beliau percaya dengan sokongan yang betul, peserta kejohanan ini mampu menjadi atlet profesional pada masa depan. Kejohanan ini juga mendapat maklum balas positif dari pihak sekolah, guru, dan ibu bapa, dan mereka berharap lebih banyak sekolah di Selangor akan turut serta pada tahun depan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
MLBBSELANGOR FUTURE CUPTodakTodal
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Pelukan Tun Siti Hasmah Buat Syed Saddiq & Bella Astillah Undang Air Mata Netizen

  2. 2

    Peminat Kecewa Dengan Gaya Hidup Lamine Yamal, Netizen-“Jangan Terlalu Taksub. Travel. Do it a lot”

  3. 3

    Luahan Zizie Izette Buat Ramai Sebak- “Saya Ibu Tunggal Sekarang…”

  4. 4

    Nourul Bermimpi Tentang Biduanita Negara, Respon Siti Nurhaliza Buat Ramai Tersenyum

  5. 5

    Kenapa Peminat Samakan Rita Rudaini Dan Shakira?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara