Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

CelcomDigi Kembali Dengan Future Pros Bootcamp, Buka Laluan Gamer Malaysia Ke Pentas Profesional

by Phic ARMAN
July 3, 2026
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Impian untuk bergelar pemain profesional Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) kini semakin dekat apabila CelcomDigi Berhad mengumumkan kepulangan Future Pros Bootcamp bagi tahun ketiga. Program pembangunan bakat e-sukan ini dijalankan dengan kerjasama Selangor Red Giants (SRG) dan MOONTON Games Student Leader (MSL) Programme bagi mencari bakat baharu dari seluruh negara.

Menariknya, edisi kali ini bukan sahaja terbuka kepada pelajar sekolah, malah turut diperluaskan ke universiti dan institusi pengajian tinggi. Langkah itu memberi lebih ramai belia peluang untuk membuktikan kemampuan mereka sebelum melangkah ke arena profesional.

Melalui platform Arena CelcomDigi, peserta akan menerima bimbingan daripada pemain profesional, jurulatih serta pakar industri e-sukan. Mereka bukan sahaja mempelajari strategi permainan berprestasi tinggi, malah didedahkan kepada pelbagai aspek industri seperti penghasilan kandungan digital, produksi siaran langsung dan pengurusan pasukan.

Peserta yang menyerlah berpeluang mengikuti latihan intensif sebelum seorang pemain terbaik dipilih untuk menerima kontrak profesional bersama SRG, sekali gus beraksi di pentas MLBB antarabangsa bersama antara pasukan terbaik dunia.

Dalam masa sama, CelcomDigi turut meneruskan inisiatif Healthy Gaming yang menggalakkan keseimbangan gaya hidup digital, penjagaan kesihatan mental serta amalan permainan dalam talian yang sihat.

Future Pros Bootcamp merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan CelcomDigi dalam memperkukuh ekosistem e-sukan tempatan. Dengan penglibatan syarikat dalam MLBB Professional League Malaysia (MPL MY), program ini dilihat mampu menjadi platform penting untuk melahirkan lebih ramai pemain profesional sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas e-sukan antarabangsa.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
5
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
CelcomDigiMLBB
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

berat badan
Kesihatan

Tengah Tidur Pun Berat Badan Boleh Turun, Nak Tahu Caranya?

by Nurul A.
October 14, 2026

Rasanya semua orang tahu, nak turunkan berat badan bukannya senang dan ianya adalah satu proses yang lama serta susah. Jadi tak...

Read moreDetails
Formula 1
LifeXplore

Naikkan Semangat Perlumbaan Dengan STING X Formula 1®

by Nurul A.
September 30, 2026

Apakah bunyi Formula 1®? Bagi STING, ia adalah deruman yang penuh kelajuan, tenaga dan laungan ikonik “STINGGGGGG” yang cukup ikonik....

Read moreDetails
2AM
Fesyen

Pertama Di Malaysia, 2AM Takrif Semula Dunia Kasut

by Nurul A.
September 1, 2026

Jenama kasut berteraskan teknologi dan fesyen, 2AM membuat debut di Malaysia dengan pembukaan kedai standalone pertamanya di IOI City Mall...

Read moreDetails
Foto - @esteelaudermy (IG)
LifeXplore

Jangan Sampai Terlambat! Estée Lauder Malaysia Seru Wanita Prihatin Kanser Payudara

by Nurul A.
October 9, 2026

Estée Lauder Companies (ELC) Malaysia meneruskan Kempen Kanser Payudara tahunannya bagi tahun 2026 dengan mesej "Penjagaan Payudara ialah Penjagaan Diri"...

Read moreDetails
LifeXplore

KAB Gold Perluas Perniagaan Di Kuala Lumpur, Tekankan Patuh Syariah Dan Kebajikan Masyarakat

by Phic ARMAN
October 18, 2026

Emas bukan sahaja menjadi pilihan sebagai perhiasan, malah turut dianggap sebagai salah satu bentuk simpanan bernilai. Namun, di sebalik urusan...

Read moreDetails
Promosi Pemeriksaan Kanser Payudara
Kesihatan

Nak Check Payudara Dengan Harga Promosi? Ini Hospital Yang Kamu Boleh Pergi!

by Nurul A.
October 12, 2026

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara atau Pink October, golongan wanita boleh merebut peluang ini untuk melakukan pemeriksaan kesihatan payudara....

Read moreDetails
LifeXplore

LahLahLand 2026 Kembali, Kali Ini Lagi Banyak Benda Nak ‘LAH’

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Kalau anda rasa festival gaya hidup sekarang semuanya lebih kurang sama, ada muzik, makanan dan jualan, mungkin LahLahLand 2026 boleh...

Read moreDetails
love language
Cinta

Suka Pujian Atau Masa Bersama? Jom Semak ‘Love Language’ Kamu

by Nurul A.
October 18, 2026

Setiap hubungan mempunyai pemahaman yang berbeza tentang bahasa cinta (love language) mereka sendiri. Kalau kamu mahu tahu, bahasa cinta ini...

Read moreDetails
LifeXplore

Apa Jadi Bila Semua Juruterbang & Kru Kabin AirAsia Buat Saringan Dadah?

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Bila naik kapal terbang, perkara paling penting tentunya sampai ke destinasi dengan selamat. Tapi pernahkah anda terfikir, bagaimana syarikat penerbangan...

Read moreDetails
LifeXplore

Pencinta Kucing Wajib Datang! Meowloween Tawar Catwalk, Muzik & Aktiviti Menarik

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Halloween kali ini nak buat sesuatu yang lain daripada biasa? Kalau anda pencinta kucing, mungkin Under The Stars Meowloween di...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara