Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Selepas 24 Tahun, Kronologi Kemalangan Maut Nike Ardilla Terungkap

by Zaidin Albert
March 21, 2019
85
KONGSIAN
Share on Facebook

Rocker sekaligus penyanyi jelita terkenal di Indonesia, Nike Ardilla meninggal dunia pada 19 Mac 1995. Nike ketika itu usia baru 19 tahun dan saat berada di puncak kariernya sebagai penyanyi bersuara emas.

Pelantun lagu “Mama Aku Ingin Pulang” itu meninggal dunia kerana kemalangan kereta di Jalan RE Martadinata, Bandung. Honda Civic yang dinaikinya melanggar pagar konkrit.

Laporan polis sempat menyebut bahawa Nike meninggal dunia pada jam jam 6.15 pagi namun sejumlah saksi berbeza pendapat. Ada yang menyebut kecelakaan terjadi pada jam 3 pagi dini hari sedangkan yang lain mengungkap waktu kematian Nike pada jam 5.15 pagi.

Selain waktu kematian, muncul rumor mendakwa Nike mabuk lantaran dia dan pembantunya, Sofiatun, baru pulang dari pusat hiburan. Meski begitu, Sofiatun sebagai saksi menyangkal dan menyebut Nike cuma minum jus.

Laporan dari polis juga mengungkap tak ada kandungan alkohol dalam tubuh Nike.

View this post on Instagram

A post shared by Nike Ardilla (@nikeardillaofficial)

“Yang pasti, Nike jelas tidak mabuk kerana kalau kita selalu memandu kereta bersama nonstop dari Jakarta menuju Bandung,” kata Sofiatun.

Sofiatun sempat mendedahkan dakwaan Nike memandu kereta tanpa memakai tali pinggang keledar. Dia berniat memotong kereta berwarna merah di depannya yang berjalan sangat perlahan.

https://www.instagram.com/p/BvK8MY2gZjV/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again

Malangnya saat berusaha memotong, dari arah berlawanan muncul kereta kenderaan melaju kencang. Nike cuba menghindari kereta itu dan tersasar terlalu ke kiri. Akibatnya, dia melanggar pohon dan langsung terbabas melanggar pagar konkrit di sebuah pejabat di jalan RE Martadinata.

Nike mengalami luka di bahagian kepala dan dadanya, hingga nyawanya tidak dapat diselamatkan.

Kereta yang Dipandu Nike Ardilla Saat Kemalangan Masih Dipelihara

YouTube video

Meskipun sudah 24 tahun lamanya namun Nike masih dikenang dengan sangat baik. Beberapa barang milik Nike bahkan masih tersimpan dengan rapi di muzium Rumah Kenangan Nike Ardilla, begitu pun dengan kereta yang dia pandu ketika kemalangan.

Kereta Honda Genio berwarna biru metalik itu tidak  disimpan di Rumah Kenangan namun dibeli secara khusus oleh salah seorang peminat fanatik Nike, Lia Nathalia. Hal itu disampaikan oleh Emma Amrin, pengurus Nike Ardilla Fans Club menerusi sebuah video yang dimuatnaik di Youtube ESGE ENTERTAINMENT.

Nike Ardilla
https://lomp.at/wfuf7
Share44Tweet17SendShare

KINI TRENDING

Foto - @mimi.peri (IG)
Indonesia

[VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

by Nurul A.
March 6, 2026

Nampaknya video lama pempengaruh Indonesia, Mimi Peri menjadi tular sekali lagi. Menerusi video tersebut, Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani,...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara