Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Selepas 4 Tahun ‘Berkubur’, Pertunjukan Fesyen Victoria’s Secret Kembali Lagi Tapi…

by Lisa Ghani
March 7, 2023
Foto - People

Foto - People

Share on Facebook

Suatu masa dahulu, semua orang merasai kehangatan pertunjukan fesyen pakaian dalam jenama unggul dari Victoria’s Secret(VS). Barisan supermodel ternama dunia, konsep dan idea untuk setiap pakaian dalam yang dibentangkan, dihiburkan dengan penyanyi hebat, setiap aspek pertunjukan fesyen ini sangat ikonik.

Tetapi sayangnya dek kerana kontroversi yang melampau-lampau, VS terpaksa dihentikan. Malah, banyak supermodel menarik diri daripada menyertai jenama ‘senior’ untuk pakaian dalam. Selepas empat tahun, pertunjukan pakaian dalam akan kembali pada tahun 2023 dengan pelbagai perubahan.

Foto – Getty

Jenama VS terkenal dengan produk pakaian dalam dan model yang cantik sempurna. Namun disebabkan itu, VS mendapat kritikan kerana mempamerkan bentuk badan yang tidak pelbagai dan dianggap memberi tekanan kepada wanita untuk tampil sempurna.

Dipetik daripada People, Ketua Pegawai Kewangan VS Timothy Johnson menjelaskan bahawa mereka akan membuat versi baru pertunjukan fesyen dan ia akan diadakan pada tahun ini. Victoria’s Secret Show akan diadakan dengan perubahan selaras dengan usaha mereka untuk menukar imej.

“Seperti yang dikongsi sebelum ini, unjuran dan misi baru kami akan terus menjadi prinsip panduan kami. Ini akan membawa kami ke ruang yang baru,” kata wakil VS.

Foto – Getty

Kali terakhir pertunjukan fesyen Victoria’s Secret diadakan pada 2018. Kontroversi tercetus kerana VS menampilkan model seksi dengan tubuh sempurna dan latar belakang yang tidak pelbagai. Oleh itu, pertunjukan fesyen dibatalkan pada 2019. Malah,  pengurus jenama, Ed Razek, dituduh melakukan gangguan seksual, membuli dan mewujudkan budaya kebencian terhadap perempuan.

Sama-sama kita nantikan pembaharuan yang dibawa oleh VS.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Victoria's SecretVictoria's Secret fashion show
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

2AM
Fesyen

Pertama Di Malaysia, 2AM Takrif Semula Dunia Kasut

by Nurul A.
September 1, 2026

Jenama kasut berteraskan teknologi dan fesyen, 2AM membuat debut di Malaysia dengan pembukaan kedai standalone pertamanya di IOI City Mall...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara